
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Khamis menolak lanjutan perintah injuksi ex-parte (sebelah pihak) pengarah Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Ia berhubung permohonan Syamsul, 39, menghalang Puteri Sarah daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di mana-mana platform media sosial.
Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes tersebut didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak) namun Syamsul tidak menghadirkan diri pada sebutan pertama kes itu.
Abdul Halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes itu memfailkan jawapan terhadap injuksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.
Dalam pada itu, Akberdin ketika ditemui pemberita berkata, sekiranya Syamsul ingin melanjutkan perintah tersebut dia perlu memfailkan permohonan yang baharu di mahkamah.
Injuksi berkenaan difailkan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu pada 24 April lalu sebelum mahkamah meluluskan permohonan berkenaan sehari kemudian.
Jangka hayat perintah berkenaan hanya selama 30 hari dan akan tamat pada 27 April 2023.
Dalam perkembangan sama, Puteri Sarah berkata, dia sendiri sudah mengambil langkah memulakan hidup baharu dan enggan lagi mengulas mengenai isu rumah tangganya dengan Syamsul.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia sudah meluahkan semua yang terbuku di dalam hati dalam sebuah video pada akhir Ramadan lalu dan ia penjelasan terakhir mengenai kemelut melanda rumah tangga mereka.
” Saya sudah tidak mahu bercakap fasal dia, saya nak teruskan hidup. Hari terakhir puasa tempoh hari adalah video terakhir saya mengenai dia (Syamsul). Saya sudah cakap semua di dalam video berkenaan,” katanya.
Saya tak nak buang masa dah. Saya nak terbang tinggi…
” Hari itu sudah yang terakhir. Saya tak nak buang masa dah. Saya nak terbang tinggi. Saya memang nak bagi diri sibuk. Itu yang saya nak fokus sekarang. Saya sudah terlalu lama buang masa.
” Saya nak ‘move on’. Hakikatnya esok saya akan terbang ke Jakarta selepas kes mahkamah. Saya ada kerja di sana.
” Bab hidup itu saya sudah tutup masa Ramadan lalu. Saya mulakan dengan hari raya yang bahagia dan gembira,” katanya ditemui pada sidang media dan pratonton drama terbarunya berjudul Hijrah Jannah, hari ini.
Esok (hari ini), Puteri Sarah bakal ke mahkamah untuk kes injuksi terhadap keluarga Kazar pada sebelah pagi.
Kemudian petang, bagi proses bersama Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung perceraian difailkan.
Pada 7 Mei lalu, Puteri Sarah dan Syamsul cuma dihadiri peguam masing-masing untuk urusan tuntutan nusyuz yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.
Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul memaklumkan pengarah itu akan meneliti tuntutan nusyuz dikemukakan Puteri Sarah.
Mereka akan memasukkan jawapan dan pembelaan terhadap tuntutan terbabit pada tarikh sebutan baharu ditetapkan mahkamah iaitu pada 14 Jun, 3 petang.
Terdahulu, kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Ia berikutan Syamsul tidak jadi menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.
Kemelut rumah tangga mereka masih belum berkesudahan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu.
Sumber:mstar
Leave a Reply