Hari Itu Beriya-Iya Nak Bela Siti Bainun, Sekali Tarik Diri Pula. Peguam Ini Jelaskan Punca Sebenar Tarik Diri

Kes penderaan kanak-kanak melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terus meraih perhatian apabila 10 peguamnya menarik diri dengan alasan tidak berkelapangan.

Perkara itu membuatkan Siti Bainun yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella menangis di kandang saksi.

Susulan itu netizen mula ‘menyerang’ barisan peguam berkenaan dengan pelbagai andaian berhubung perkembangan terkini itu.

Antara yang paling mendapat sindiran dan kecaman hebat ialah peguam sensasi, Nurul Hafidzah Hassan.

Enggan berdiam diri, Nurul Hafidzah tampil menjawab beberapa pertanyaan netizen berhubung tindakannya meninggalkan anak guam hingga kes berkenaan terpaksa di tangguh lagi.

” Dalam istilah undang2. Penarikan diri peguam adalah biasa. Dan kali ini kerana pertindihan tarikh dgn kes kes yg telah ditetapkan lebih awal. Bukan sebab lari

” Kita tak ada pilihan sebab tarikh2 tu bertindih dgn kes kes yg ditetapkan lebih awal. Kita dah maklumkan dari disember lagi bhw tidak dpt hadir kalau tarikh januari feb mac

” Dah hantar surat dr december. Mahkamah suruh failkn notis hari isnin. Dan mention semula selasa. Begitu. Jadi bukan isnin baru filekn

” Kitorg da penuh tarikh dan komitment dr january smpi mac. Dah minta april tp tak dpt tarikh april. Mmg tak boleh nk buat apa sbb byk kerja da bertangguh dr 2022 dan semua masuk bicara juga.” tulis Hafidzah.

Kata Hafidzah, tiada sesiapa pun yang ‘meninggalkan’ pengasas Rumah Bonda itu dan ia bukan sesuatu perkara yang melucukan.

Ujarnya, pertindihan tarikh perbicaraan bagi kes lain menyebabkan mereka terpaksa menarik diri.

Perkara itu juga dimaklumkan pihaknya kepada mahkamah sejak Disember 2022 bahawa dia sememangnya tidak berkelapangan pada Januari hingga Mac.

Kenyataan ringkas dibuat oleh Hafidzah itu menjawab persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan mahkamah.

Pada Selasa, mahkamah menetapkan 26 Januari ini bagi sambung bicara dan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung bermula 18 hingga 20 Januari dilapangkan.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*