‘Saya Taknak Buang Masa Dah. Saya Nak..’ – Puteri Sarah Buka Mulut Dan Beritahu Dia Mahu…

” Saya doakan yang terbaik. Itu saja yang harapkan setiap kali. Sebenarnya saya sudah tak nak komen pasal itu lagi,” kata pelakon Puteri Sarah Liyana, 37.

Itu jawapannya apabila diajukan mengenai dua kes mahkamah bersama suaminya juga pengarah Syamsul Yusof, 39, yang bakal dihadiri esok.

Katanya, dia enggan buang masa lagi.

Saya tak nak buang masa dah. Saya nak terbang tinggi…

” Hari itu sudah yang terakhir. Saya tak nak buang masa dah. Saya nak terbang tinggi. Saya memang nak bagi diri sibuk. Itu yang saya nak fokus sekarang. Saya sudah terlalu lama buang masa.

” Saya nak ‘move on’. Hakikatnya esok saya akan terbang ke Jakarta selepas kes mahkamah. Saya ada kerja di sana.

” Bab hidup itu saya sudah tutup masa Ramadan lalu. Saya mulakan dengan hari raya yang bahagia dan gembira,” katanya ditemui pada sidang media dan pratonton drama terbarunya berjudul Hijrah Jannah, hari ini.

Esok, Puteri Sarah bakal ke mahkamah untuk kes injuksi terhadap keluarga Kazar pada sebelah pagi. Kemudian petang, bagi proses bersama Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) berhubung perceraian difailkan.

Pada 7 Mei lalu, Puteri Sarah dan Syamsul cuma dihadiri peguam masing-masing untuk urusan tuntutan nusyuz yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul memaklumkan pengarah itu akan meneliti tuntutan nusyuz dikemukakan Puteri Sarah.

Mereka akan memasukkan jawapan dan pembelaan terhadap tuntutan terbabit pada tarikh sebutan baharu ditetapkan mahkamah iaitu pada 14 Jun, 3 petang.

Terdahulu, kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Ia berikutan Syamsul tidak jadi menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Sementara itu, memetik artikel bertarikh 21 April lau, Puteri Sarah telah membuat pengakuan, kekesalan yang dilakukan dalam hidupnya ialah berkahwin dengan pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

Pengakuan itu dibuatnya dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya, hari ini.

Dalam masa sama, Puteri Sarah membuat permintaan buat kesekian kalinya daripada Syamsul supaya menceraikannya agar dia dapat keluar daripada perkahwinan yang disifatkannya penuh toksik.

” Aku hanya mahu ‘move on’ dan gembira bersama anak-anak aku.

” Satu benda yang paling aku yakin menyesal aku lakukan dalam hidup aku ialah berkahwin dengan kau.

” Tapi aku bersyukur dapat mak dan bapa mertua yang paling terbaik dalam hidup aku,” kata Puteri Sarah yang memberi penghargaan kepada Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail yang juga bapa dan ibu Syamsul.

Puteri Sarah turut berikrar akan menghargai Yusof dan Patimah sebagai bapa dan ibunya sehingga ke syurga kelak.

Dalam hantaran itu juga, artis berkenaan turut meluahkan betapa dia sudah terlalu penat untuk melalui proses yang penuh ‘drama’.

” Sejujurnya aku sangat penat dengan semua drama yang berlaku. Kepada Mohd Shamsul, kau tak nak bagi nafkah aku? Suka hati kau. Kau nak menang? Kau menanglah, aku kalah.

” Kau jawab kat akhirat nanti. Aku hanya mahu keluar daripada perkahwinan toksik ini,” tulis Puteri Sarah dalam hantaran yang bercampur bahasa Melayu dan Inggeris itu.

Ibu kepada dua orang anak itu juga menegaskan, sekiranya Syamsul mendambakan kemenangan daripada perbicaraan kes itu, dia sedia memberikannya kepada suaminya.

” U nak menang? U ambillah semua harta-harta u. Aku tak nak satu sen pun. Cuma hak anak sebagai ayah bertanggungjawab. Lepaskan aku, ceraikan aku,” pinta Puteri Sarah daripada Syamsul.

Pada 18 April lalu, pasangan berkenaan pada asalnya dijangka menemui jalan penyelesaian terhadap krisis rumah tangga mereka, namun, keadaan sebaliknya pula berlaku apabila Syamsul menarik balik keputusannya untuk menceraikan Puteri Sarah.

Syamsul berkata, keenggannya melepaskan Puteri Sarah disebabkan oleh isterinya menambah beberapa terma dalam perjanjian perceraian mereka termasuk isu nafkah dan kes terhadap madunya, Ira Kazar.

Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mengejutkan dunia hiburan apabila membuat pengakuan memadukan Puteri Sarah dengan menikahi Ira Kazar di Thailand.

Sumber:hmetro dan astroawani

Advertisement

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*