‘Saya Keluar Bilik, Farid Ugut Akan..’ – Pengakuan Diana Danielle, Tak Pernah Lihat Suami Brkelakuan Seperti Itu

Pelakon, Diana Danielle, 32, mendakwa suaminya, Farid Kamil, 42, menjadi makin baran dua hari selepas dia memohon cerai, baru-baru ini, termasuk menengking dan memarahi anak mereka.

Diana menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram Story, hari ini berkata, perilaku Farid dilihat mula berubah apabila sering bertindak baran terhadap hal remeh termasuk memarahi anak perempuannya, Nur Aurora, 8, dengan teruk selepas memetik cili di rumah jiran.

” Saya mahu tekankan di sini, dia sudah mula tengking-tengking baran dengan anak dari malam sebelumnya. Semuanya hal yang sangat remeh.

” Sampai ke esok pagi masih menengking anak-anak atas sebab sebab remeh. Sampai ke tengah hari dia tengking saya sebab tak jumpa seluar.

” Petang dia tengking Aurora insiden Aurora petik cili. Dua hari dia tak berhenti baran dan jerit sekuat hati. Aurora menggigil minta tolong dengan saya sebab dia sangat takut.

” Dia dipaksa untuk duduk dalam bilik Babah malam tu sebab nak sambung ‘ajar’ anak,” katanya.

Diana berkata, apabila masuk ke bilik dia terkejut mendapati Aurora tidur di atas lantai berlapikkan sejadah di depan pintu tandas.

Menurut Diana, dia yang tak tahan melihat Aurora dilayan begitu kemudian mahu mengambil kanak-kanak itu ke bilik lain untuk tidur bersamanya, namun Farid menghalang dan menolaknya berkali-kali.

” Saya tetap berkeras untuk bawak anak masuk bilik saya kerana takut apa lagi tindakan seterusnya.

” Sebelum saya keluar dari bilik, dia (Farid) ugut lagi akan pukul anak esok sebabkan saya tak bagi anak tidur atas lantai depan tandas,” katanya.

Diana berkata, emosi Farid seperti tidak stabil dan dia tidak pernah melihat suaminya berkelakuan begitu hingga menimbulkan ketakutan buatnya.

Menjelaskan mengenai perbuatan Aurora memetik cili di rumah jiran yang dikatakan antara punca Farid melenting, Diana berkata, Aurora tidak sengaja.

” Itulah kali pertama dan dia tak tahu petik cili dianggap mencuri. Bukan dia niat mencuri. Didik anak jangan sampai dera emosi,” katanya.

Diana berkata, disebabkan keadaan Farid yang dilihat tak boleh mengawal emosi, dia terpaksa menghubungi polis untuk keluar dari rumah kerana tak tahu apa yang akan berlaku lagi esoknya.

Dalam pada itu, Diana turut mendakwa Farid tidak membayar nafkah selama empat bulan

Diana juga mendakwa menampung sendiri kos menunaikan umrah untuk mereka sekeluarga, Februari lalu.

” Bulan ini sudah masuk empat bulan tak bayar nafkah. ‘Trip’ (perjalanan) ke Makkah, saya bayar untuk semua empat beranak.

” Saya tak harap pun dia bayar balik, sebab sudah biasa, bila saya keluarkan duit untuk apa-apa, selagi tak ingatkan dia pun takkan ingat nak ganti balik.

” Tapi dia sendiri cakap, dia akan ‘cover’ (bayar) balik kos penerbangan dan hotel di Makkah. Malangnya sampai hari ini hanya tinggal kata-kata.

” Dia boleh beli kereta baru, beli cincin berapa ribu (ganti cincin kahwin hilang) dan apa lagilah, tetapi nafkah dan hutang masih tergantung,” katanya.

Lihat video

Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Farid mengenai dakwaan Diana ini tidak berjaya.

Pada 20 Mac lalu, Diana memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya. Diana selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 10 Mac lalu menerusi Tetuan Akberdin & Co.

Bagaimanapun, pada sebutan pertama permohonan cerai 28 Mac lalu, Farid enggan melafazkan cerai.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Pasangan itu mendirikan rumah sejak 11 tahun lalu itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 8.

Sumber:hmetro

Advertisement

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*