Lepas Empat Tahun Kahwin, Nelydia Senrose Muatnaik Status Seakan Beri Bayangan, “Hati Saya Hancur..”

Perkongsian terbaharu di Instagram Stories (IG Story) milik pelakon, Nelydia Senrose mencuri perhatian apabila dia memberi bayangan hatinya sedang hancur.

Menerusi perkongsian di IG Story, pemilik nama lengkap Nik Zaris Nelydia Nik Sen memuat naik sepotong video pendek berserta ayat yang menyatakan dia ingin menyembuhkan semula hatinya yang telah musnah.

Malah, dia dilihat membawa diri sambil ditemani adik lelakinya menaiki pesawat dan pergi ke luar negara.

” Perbaiki semula sebahagian hati saya yang telah hancur.

Sementara itu, menerusi sepotong lagi video yang dikongsikan di entri sama, aktres jelita berusia 28 tahun itu berkata dirinya ketika ini tidak berada dalam keadaan yang baik.

” Saya tidak berapa baik, tetapi tidak mengapa.

Perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.

Untuk rekod, Nelydia telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Mohd Hafez Halimi pada April 2019 selepas melalui fasa perkenalan sejak April 2017.

Mengimbas detik perkenalan, Hafez telah melamar Nelydia di Amsterdam, Belanda setahun selepas perkenalan itu.

” Asalnya, kami merancang untuk berkahwin pada tahun (2018). Begitupun, ada sahaja kekangan yang menghalang hasrat itu.

” Namun, di sebalik ujian dan halangan, saya serta suami melaluinya dengan baik.

” Sekembali daripada mengerjakan umrah, 5 Januari 2019, saya dan Hafez memutuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan kami terus memulakan persiapan,” kata Nelydia.

Nelydia turut menyifatkan pasangannya itu seorang yang menenangkan hati, selain melengkapi kehidupannya.

Sebelum ini, Nelydia mengakui banyak perubahan diri berlaku selepas berkahwin dengan suami, Mohd Hafez Halimi.

Berkongsi ketika ditemu bual di program Wanita Hari Ini, Nelydia, bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang matang dan ikhlas dalam memimpin ke jalan Allah.

Dedah aktres berumur 28 tahun ini, dia kini sedang dalam proses untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

” Mulanya saya tak faham tentang rumah tangga, ingatkan berkahwin sama macam bercinta. Tapi sebenarnya, bila dah masuk alam perkahwinan, kita matang secara tak langsung.

” Dulu saya cepat memberontak tapi bila dapat pasangan yang tenang, saya turn down.

” Hafiz mendidik tetapi tak memaksa. Bila saya tengok Hafiz jaga solat, saya pun ikut. Setiap manusia mesti akan ada rasa nak berubah jadi lebih baik.

” Saya pun perlahan-lahan nak berubah, Hafiz pun bagi sokongan moral. Sokongan moral itu penting. Sebab kita memang nak jadi lebih baik tapi kadang-kadang tak tahu nak pilih jalan.” luahnya.

Tambah pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, dia dan suami mempunyai jurang perbezaan umur selama 11 tahun namun itu tidak menjadi gangguan dalam berkomunikasi.

” Usia Hafiz jauh dengan saya. Saya belum sampai dekat umur dia tapi dia dah pernah lalui masa umur saya. Dia dah tau perangai masa muda.

” Jadi, kami kena jumpa dekat half way (titik tengah) di mana Hafiz banyak nasihat.” kata Nelydia.

Dalam pada itu, pelakon drama Khilaf Asmara mendedahkan suaminya suka mendengar ceramah pada setiap malam dan itu menjadi salah satu medium yang menjentik hatinya.

” Setiap malam Hafiz suka dengar ceramah. Saya rasa perkara itu sangat penting sebab bila dia buka ceramah, ada point yang betul akan jentik hati saya.

” Kadang-kadang degil tak nak dengar cakap suami tapi bila dengar fakta betul, kita perlahan-lahan berubah. Banyak sangat saya berubah berbanding dulu dengan sekarang. Dari segi kawal emosi dan baran.” akhiri Nelydia.

Sumber:ohbulan, IG Nelydia

 

Advertisement

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*