Jenazah Wanita HamiI Dibunnuh Selamat Dikebumikan, “Ribuan Hadir Termasuk Keluarga, Jiran Dan…”

Jenazah wanita hamiI empat bulan yang dibunvh dan dibak4r, Isnin lalu selamat dikebumikan di sini, malam ini.

Majlis pengebumian yang selesai pada jam 8.25 malam itu dihadiri ribuan orang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat, jiran dan penduduk kampung.

Terdahulu, maya.t wanita berusia 21 tahun itu selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh hari ini.

Jenazah kemudian dibawa dengan kenderaan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) dan tiba di sini pada jam 7.23 malam.

Media sebelum ini melaporkan, maya.t mngsa ditemukan dalam keadaan terbak4r di kawasan belukar kebun kelapa sawit Jalan Sungai Limau, Isnin lalu.

Keputusan bedah siasat mendapati punca kemat1an adalah kerana tik4man di dada pada badan yang melecur.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi Selasa lalu, mngsa berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan sebuah restoran ditemui dalam keadaan terbak4r oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang terbabit dalam kejadian itu di kawasan Sungai Besar.

” Siasatan awal mendapati suspek berusia 20 tahun baru menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).

” Suspek dan mngsa dikatakan adalah pasangan kekasih dan sudah menjalin hubungan selama setahun.

” Malah, mngsa dipercayai hamiI empat bulan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, hari ini.

Agus Salim berkata, hasil soal siasat mendapati suspek pada kali pertama mengaku keluar bersama mngsa dengan menaiki kereta milik keluarganya malam kelmarin.

” Lelaki itu memukul kekasihnya sehingga pengsan dan menikam perut wanita itu menggunakan pisau disyaki untuk mengeluarkan kandungan.

” Suspek kemudian bertindak memb4kar mngsa dengan menggunakan petrol. Untuk kali kedua (semalam), suspek sekali lagi hadir ke lokasi kejadian dengan menunggang motosikal.

” Dia membak4r maya.t mngsa bertujuan untuk melupuskan bahan bukti,” katanya.

Agus Salim berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau.

Beliau berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu berseorangan.

” Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

” Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan dia direman selama enam hari sehingga 29 Mei ini,” katanya.

Beliau berkata, maya.t mngsa kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

” Kes disiasat mengikut Sksyen 302 Kanun Keseksaan.

” Masyarakat diingatkan supaya memantau pergerakan anak-anak mereka daripada tidak terbabit dalam gejala tidak sihat,” katanya.

Dalam pada itu, polis mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kemat1an seorang wanita hamiI empat bulan yang ditemui dalam keadaan terb4kar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Air Limau di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata semua individu berusia 20 hingga 50 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam untuk memberi keterangan, hari ini.

” Mereka membabitkan saksi yang boleh membantu siasatan termasuk ahli keluarga mngsa berusia 21 tahun itu dan suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Agus Salim berkata, tiada penahanan baharu dibuat pihaknya berhubung kes terbabit.

Sumber:bharian

Advertisement

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*