
Farid Kamil terkejut apabila ibu mentuanya Norsiah Ramli tiba-tiba muncul di mahkamah menemani Diana Danielle dalam sesi berhubung konflik rumah tangga mereka sebelum ini.
Farid berkata, pada 2019 wanita itu diminta keluar oleh Diana dari rumah mereka dan bertindak memutuskan hubungan dengan wanita itu.
” Tiba-tiba, pada 2023, Norsiah muncul di sini (mahkamah) baru-baru ini bersama Diana dan ia benar-benar mengejutkan saya”.
” Saya sebenarnya sudah lama tak dapat menghubungi mama Norsiah kerana setahu saya, dia sudah dihalau keluar oleh Diana dari rumah kelamin kami sejak 2019.
” Pada saya, Diana perlu jelaskan kepada saya, kenapa dia menghalau Norsiah keluar dari rumah dan tak mahu berjumpa dengan ibunya ketika itu.
” Sekarang, tiba-tiba, Norsiah muncul dan saya pun terkejut kerana Diana sendiri dah putuskan hubungan dengan ibunya,” katanya.
Sebelum ini, Norsiah tidak lagi asing buat pemain industri seni dan hiburan tanah air kerana dia sentiasa dilihat bersama Diana ketika anaknya itu mula menapak dan meniti dalam karier sebagai artis.
Farid ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, selepas sesi prosiding sulh pertama yang tidak dapat diselesaikan selepas Diana gagal hadir.
Di prosiding hari ini, Farid hadir bersama empat tawaran dengan jumlah keseluruhan bernilai RM319,700 untuk menyelamatkan keluarga dan rumah tangganya.
Empat tawaran itu ialah sebuah kereta Toyota Vellfire berharga RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000 dan bayaran balik kos tiket mengerjakan umrah bernilai RM44,000.
LIHAT VIDEO
Farid juga mendakwa kos umrah berkenaan sepatutnya adalah hadiah tetapi sudah bertukar menjadi hutang.
” Saya dengan setulus hati, di bulan Ramadan penuh keberkatan ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson, tawaran seperti ini sebagai usaha saya untuk menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.
” Saya amat berharap dengan tawaran ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya.
Sumber:hmetro
Leave a Reply