Curi 20 Kotak Susu Formula, Suami Isteri Dipenjara Setahun

Pasangan suami isteri masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas kesalahan mencuri 20 kotak susu formula bernilai lebih RM6,000 di sebuah pasar raya di sini, Februari lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mazana Sinin selepas tertuduh Mohd Azlee Ibrahim, 39, dan Noor Bayah Ab Manaf, 31, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes itu hari ini.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan niat curang mencuri 20 kotak susu jenama Enfalac A+ 2FL Step 1 dengan berat 2.32 kilogram (kg) dan Enfalac A+ 2FL Step 2 juga 2.32 kg bernilai RM6,747.60, yang diletakkan di rak jualan tanpa kerelaan pemiliknya.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pasar raya di Lebuh Ayer Keroh, di sini, pada 13 Februari 2023, antara jam 5 petang hingga 7.45 malam.

Pasangan itu berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian kecurian itu disedari pekerja pasar raya ketika menjalankan penyelenggaraan stok dan mendapati rak jualan susu kosong.

Hasil semakan rekod perniagaan didapati tiada jualan bagi tempoh semakan dan pemerhatian lanjut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pasangan suami isteri mengambil stok susu dan memasukkannya dalam beg hitam.

Terdahulu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Muhammad Izzuddin Ab Malik merayu hukuman bagi kedua-dua tertuduh bermula dari tarikh ditangkap.

Katanya, Mohd Azlee hanya bekerja menjual cenderahati bagi menyara empat anak manakala Noor Bayah suri rumah dan kini sedang mengandung tiga bulan.

“Saya difahamkan mereka mencuri susu berkenaan kerana masalah kewangan,” katanya.

Hujah itu dipatahkan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasaruddin dengan menegaskan kesalahan dilakukan bukan kerana kesempitan hidup, sebaliknya menjadi tabiat pasangan itu dan memohon hukuman berat dikenakan.

Menurutnya, modus operandi kedua-dua tertuduh adalah menjual susu formula yang dicuri kepada pihak ketiga yang turut disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 di Mahkamah Majistret 4 sebelum ini selepas mengaku memiliki harta curi iaitu susu dibeli daripada tertuduh.

Difahamkan tertuduh mempunyai rekod kes sama dan bergerak aktif di beberapa negeri dengan menjual susu dicuri kepada pelanggan.

Peguam Muhammad Izzuddin Ab. Malik merayu hukuman penjara berjalan dari tarikh ditangkap, selain memberikan alasan anak guamnya perlu menyara empat anak dan si isteri sedang hamil tiga bulan.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dari tarikh ditangkap bagi setiap tertuduh bermula dari tarikh ditangkap pada 16 Februari lalu.

Terdahulu, menerusi berita berasingan pada 24 April 2023, sepasang suami isteri masing-masing didenda RM1,000 atau 60 hari penjara oleh Mahkamah Majistret gara-gara mencuri satu tin susu di Miri.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Zaini Fishir@Fisal setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan kedua-dua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambil kira kepentingan awam.

Wong Pack Yiiun dan Peggy Cho telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, pasangan suami isteri terbabit didapati telah mencuri satu tin susu Glucerna milik sebuah farmasi.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Zaini Fishir@Fisal setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan kedua-dua tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukan mereka serta mengambil kira kepentingan awam.

Wong Pack Yiiun dan Peggy Cho telah didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Mengikut kesalahan ini, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, pasangan suami isteri terbabit didapati telah mencuri satu tin susu Glucerna milik sebuah farmasi.

Sumber:hmetro

Advertisement

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*