
ABANG ipar kepada Allahyarham Abam iaitu Mohd Azmier Zmier mendakwa anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey menjadi mangsa sihir sejak masih bayi.
Azmier yang menggelarkan dirinya sebagai Ayah Jang mendedahkan anak adiknya Nor Hidayah itu disihir selepas Abam meninggal dunia pada Februari 2020.
Dakwa Azmier disebabkan sihir yang dihantar individu tidak bertanggungjawab itu, Hamzah menderita termasuk diganggu setiap malam selain sering keluar masuk hospital.
“Banyak penderitaan kau (yang didakwa) buat pada Ucuk (panggilan Hamzah) aku sejak ayah dia meninggal dunia. Dari bayi kau sihir ganggu dia setiap malam.
“Sampaikan dia tak lena tidur, menangis sampai tertidur kau sihirkan. Dah besar sikit ni pun kau masih sanggup lagi hantar sihir sehingga Hamzah terpaksa keluar masuk hospital,” katanya.
Azmier berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Azmier turut memuat naik video Hamzah yang tidak kuat memegang sudu ketika makan nasi.
Dalam pada itu, Azmier memberitahu doktor sendiri tidak mengetahui punca sebenar penyakit dihidapi Hamzah dan mendakwa individu terbabit ingin menghantar sihir dan merosakkan urat sarafnya.
Katanya lagi, dia tidak sanggup melihat keadaan Hamzah sehingga ada masanya mulut kanak-kanak berusia empat tahun itu berbuih.
“Aku dah tak boleh tahan dengan kau. Sanggup buat pada budak macam ni. Sampai dah nyawa-nyawa ikan kau buat pada Hamzah, mulut berbuih.
“Apa yang kau nak ya penyihir? Allah bersama aku, kau bermain dengan syaitan,” ujarnya.
Lihat Video
Tambahnya lagi, dia tidak pernah bercakap mengenai perkara itu secara tebuka disebabkan bimbang keadaan anak saudara kesayangannya itu bertambah parah disebabkan sihir.
Azmier turut mempersoalkan apa dosa anak kecil itu sehingga ada pihak sanggup membuat perbuatan syirik terhadapnya.
“Aku tak pernah update pasal Ucuk sebab takut kau akan hantar lagi jahat untuk sakitkan dia lagi.
“Apa yang Ucuk buat pada kau? Apa dosa dia pada kau? Tergamak buat dia macam ini, aku tak sanggup tengok keadaan dia,” ujarnya.
Ahad lalu, Hidayah mendakwa dirinya terkena perbuatan sihir sejak Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan itu meninggal dunia.
Kata Hidayah, perbuatan sihir itu turut terkena kepada anak tunggalnya malah turut memohon bantuan orang ramai agar dapat membantunya mencari pakar dalam perubatan Islam bagi merawat dia dan anaknya.
Sumber:mstar
Leave a Reply