Adik Kepada Wanita Maut Dibunuh Suami Sendiri Dgn Tukul Besi Tampil Ceritakan Kejadian Sebenar

“Dia (suspek) sangat baik, pendiam dan tidak bercakap banyak. Sebab itu saya sangat terkejut apabila dia boleh buat macam itu,” kata Rozilan Yusof, adik kepada wanita yang maut dipercayai dibunuh suami sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, di sini, hari ini.

Akibat kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, disahkan meninggal dunia ditempat kejadian kerana parah di kepala dan muka.

Rozilan, 38, berkata, biarpun dia dan mangsa berlainan bapa, namun mereka sangat rapat dan sering berkongsi masalah.

Menurutnya, arwah kakaknya ada menghubunginya pada 1.10 pagi tadi untuk meminjam kipas kerana anaknya panas.

Namun, katanya, dia tidak dapat membantu kerana masih bekerja di kedai makan.

Menurutnya, dia habis kerja kira-kira jam empat pagi sebelum balik ke rumah dan tidur.

“Saya dikejutkan dengan panggilan daripada bekas abang ipar (bekas suami mangsa ) kira-kira jam 10 pagi yang memaklumkan kakak mati dibunuh.

“Saya seperti tidak percaya sebelum pergi ke rumah mangsa dan remuk hati melihat kakak sudah tidak bernyawa,” katanya.

Katanya, kali terakhir dia bertemu kakaknya petang semalam dan air mukanya nampak sedih.

“Biasanya kalau ada masalah dia akan cerita pada saya dan saya pun tak tanya kenapa mukanya sedih ketika itu,” katanya memaklumkan kakaknya mengusahakan kedai runcit kecil-kecilan di rumah dan mempunyai enam anak hasil perkahwinan dengan suami terdahulu.

“Hasil perkahwinan dengan suami baru (suspek) sejak tahun lalu dia dikurniakan seorang anak berusia enam bulan.

“Abang ipar (suspek) sangat baik dengan saya dan kami kenal lama kerana tinggal sekampung, dia jenis pendiam sepatah saya cakap, sepatah dia jawab,” katanya.

Lihat video

Menurutnya, dia menafikan abang iparnya itu mengalami penyakit jiwa kerana mengenalinya sangat dekat.

“Dia berkerja sebagai tukang rumah bila balik berkerja dia akan duduk di rumah membantu isterinya termasuk bermain dengan anak-anak.

“Beberapa hari saya tidak berjumpa dengan dia (suspek) dan kejadian hari ini sangat mengejutkan kami,” katanya.

Sumber:hmetro

Advertisement

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*