Emas Ditarik Balik, Ramai Mahu Ziyad Diberi Ganjaran. Sekali Zolkefli Kata Tak Wajar Dan Ini Sebabnya

” Asasnya, Ziyad dalam kes ini, dia dikatakan ‘Did Not Start’ walaupun mengambil bahagian dalam (status) protes dan segalanya..”

Itu kata-kata bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang tampil bersuara berhubung cadangan untuk memberikan ganjaran setimpal kepada jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli.

Menurut Zolkefli, cadangan memberi imbuhan di atas kemenangan yang dibatalkan serta pingat emas Ziyad yang ditarik balik di Paralimpik Tokyo 2020 dianggap tidak wajar memandangkan ‘kegagaIan adalah kegagaIan’.

Zolkples berkata, ins1den m4Iang dihadapi Ziyad harus dijadikan pengajaran dan sekiranya cadangan pemberian ganjaran itu diterima, ia bakal memberi impak negatif pada masa depan sekiranya situasi sama turut berlaku kepada atlet lain.

Malah, Zolkples menegaskan ia tentunya bakal menidakkan syarat-syarat termaktub dalam pemberian ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) Majlis Sukan Negara (MSN).

” Pada akhirnya, kejayaan dia ditarik dan dia tidak berjaya, gagaI. Jadi, bagaimana kita nak menafikan kegagaIan itu?

” Di sini ada yang ingin mengambil kesempatan. Ada yang nak ‘menangguk di air keruh’, kononnya nak tunjuk simpati. Saya pun simpati.

” Kalau nak dikirakan nilai sentimental, saya adalah orangnya kerana sayalah yang mula membawa Ziyad sewaktu saya Ketua Pengarah MSN.

” Kejayaan Ziyad bermula di London 2012, pada masa itu saya ketua kontinjen dan dia memenangi pingat gangsa,” kata Zolkples ketika dihubungi BH Sukan.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dilaporkan akan mencadangkan kepada Kabinet mengenai ganjaran setimpal kepada Ziyad bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ins1den pembatalan pingat emas dan rekod dunia dilakar Ziyad tidak pernah dijangka, malah tidak pernah difikirkan ketika dasar pemberian ganjaran kepada atlet yang meraih kejayaan di temasya sukan dibuat.

Malah bekas menteri KBS, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican secara lisan turut menyokong usaha yang bakal dibentangkan Faizal itu ke Kabinet nanti.

Zolkples berkata, beliau berpendapat ganjaran yang dicadangkan itu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan susulan pandemik COVID-I9.

” Kecualilah kalau mereka yang cadangkan itu ingin mencari duit sendiri, bagi duit sendiri… itu lainlah.

” Tapi jangan guna duit SHAKAM kerana di bawah kategori SHAKAM, tak ada peruntukan yang boleh membenarkan Ziyad menerima imbuhan ini.

“Apa yang penting, jangan mulakan kerana kalau diberi nanti, apabila ada lagi kes seperti ini berlaku, maka akan jadi haru-birulah.

” Seperti saya katakan, peraturan dibuat untuk diikuti bukan untuk diIanggar.

” Dalam mana-mana pertandingan, ada peraturannya ada SOP (Prosedur Operasi Standard) yang perlu diikuti, kalau salah kita terima sajalah. ‘Move on’.

” Lagipun, Ziyad sendiri sudah menerima banyak insentif sebelum ini. Dia sudah menerima skim persaraan, skim ini sekali seumur hidup dan dia sudah menerimanya sejak 2016 lagi,” tambah Zolkples.

Pada Rio 2016, Ziyad bersama Abdul Latif Romly dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang memenangi emas ketika itu masing-masing menerima ganjaran RM1 juta di bawah SHAKAM, unit suite kediaman di Trion 888, Equine Park dan Kia Sportage baharu disumbangkan oleh Naza Corporation Holdings.

Malah, di bawah Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO), ketiga-tiga atlet itu mendapat RM5,000 setiap sebulan sepanjang hayat bermula daripada mereka memenangi emas berkenaan.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*