‘Manusia Jenis Apa Kau Ni. Kau Nk Anak 4 Aku Bg Sampai Aku Hmpir HiIang Nyawa’ – Pngakuan Ziana Zain

” Sampai bila kita nak macam ni bang?

Itu pengakuan penyanyi legenda negara, Ziana Zain yang menceritakan satu persatu kisah bagaimana rumh tngga bersama bekas suami, Armin Zaharin mula bermsaIah.

Berkongsi perkara itu ketika di temu bual dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua di Astro Ria pada Sabtu, Ziana tanpa berselindung mendedahkan punca percraian dengan suami.

Dalam rakaman itu, Ziana Zain juga dilihat sebak dan menitiskan air mata berkongsi kisah perjalanan hidupnya itu.

” Kalau awak tak suka saya cakap.. Kalau tak kita pergi jer mhkamah syariah.. haa siap lah! Dia (bekas suami) cakap..

” Kemudian lepas siap kami pergi (mhkamah) buat pengaduan semua.. ustazah tu panggil.. Encik Armin, isteri kamu masih sayangkan rumh tngga, masih sayang lagi Encik Armin.

” So Encik Armin ni macam mana? tanya ustazah.. kemudian dia (Armin) jawab, kenapa tanya saya, tanyalah dia kenapa dia bawak saya ke sini.” cerita Ziana.

Menurut pelantun lagu Madah Berhelah itu lagi, ada satu kjadian yang menyebabkan dirinya berasa cukup terkesan yang tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini.

” Ada satu kali itu yang Kak Gee terpukul habis, terasa sangat sepanjang hidup Kak Gee iaitu pada tahun 2016..

” Bangun, dia kata.. heyy ingat saya heran ke kat dia..saya tak heran lah.. So apa kamu rasa sebagai seorang isteri selepas berbelas tahun aku setia, kau cakap kau tak heran kat aku…

” Kak Gee rasa masa tu macam takde harga diri..kenapa tergamak kamu ucap kata-kata itu kepada aku..

” Kau nak anak 4, aku beranak 4..aku hampir hilang nyawa 50-50 hidup aku bertarung disebabkan kau, tapi akhirnya sanggup kau cakap kau tak heran kat aku..

” Manusia jenis apa kamu ni.. sejak 2016 itulah hati saya mula menjauh kerana terasa amat terkesan dengan kata-kata dia.. sangat terkesan..

” Sampaikan kalau dia nak duduk dekat kita..kalau kita nak tidur ke..nak bercerita ke.. kita pun kata Ya Allah janganlah kau duduk dekat aku, sampai macam tu tau..

” Orang tak tahu sampai Kak Gee terdoa Ya Allah kenapa aku rasa macam ni, kenapa aku ada rasa camni, perasaan tak suka pada suami aku..

” Ya Allah kembalikan balik perasaan kasih sayang aku pada suami aku.. aku taknak derhaka tolong aku ya Allah…” luah Ziana lagi.

Tidak larang anak teruskan hbungan baik dengan bapa

Dalam pada itu, penyanyi yang berasal dari Merlimau Melaka ini juga berkata dia sama sekali tidak melarang anak-anak meneruskan hubungan baik dengan bapa kandung mereka.

Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 54, dia mahu anak-anaknya hidup dalam keberkatan dan tidak menjadi anak derhaka.

” Saya tidak akan pisahkan anak-anak dengan bapa dia orang. Saya cakap dengan anak-anak saya nak hidup mereka ada keberkatan dari ayah dan juga ibu.

” Saya tak nak anak-anak saya derhaka kepada ayah dia dan juga saya,” katanya.

Selain itu, Ziana juga memberitahu dia sudah meninggalkan pesanan kepada anak-anaknya agar menjaga bapa mereka itu apabila sudah tua kelak.

Malah, dia sama sekali tidak memarahi jika mereka mengambil tanggungjawab itu.

” Sekiranya tiada siapa pun jaga ayah apabila dah tua, saya pesan agar mereka ambil dan jaga ayah. Saya tidak akan marah, itu tugas mereka,” katanya lagi.

Untuk rekod, Armin Zaharin did4kwa di Mhkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas tudvhan mencede3rakan anak lelakinya pada Mei 2018.

Perkahwinan yang dibina selama 20 tahun itu berakhir apabila Armin meIafazkan tal4k satu di Mhkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 12 Julai 2018.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*