‘Sape Nak Mengata, Kata Jer!’ – Nurul Zahid Bersuara Lagi, Siap Tunjuk Video Dan Nampak Muka Tun M

Sejak beberapa hari lalu, anak kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid telah menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu yang didakwa cuba untuk menjatuhkan bapanya.

Berkongsi luahan di Instagram dan Tiktok, Nurulhidayah meluahkan kekesalan apabila bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima tentangan ahli parti sendiri.

Ramai yang membela, ramai juga yang mengecam beliau. Namun katanya, sebagai anak pastinya akan memperjuangkan nasib bapa kesayangan.

” 24 tahun lepas.

” Zahid Hamidi ni asal kena pilih pegang jawatan jer ada komplot suruh letak jawatan.

” Dia dipilih dalam PEMILIHAN AGONG UMNO yang SAH oleh pewakilan. Yang tidak dipilih dan tak nak bertanding ni yang kuat sangat minta dia letak jawatan.

” Saya kongsi dan beri pandangan saya walaupun org kata saya ‘back up’ kuat. Dah saya anak dia. Siapa yang tak nak pertahankan Abah sendiri?

” Kalau orang lain mungkin akan dilabel ‘penjilat’ atau untuk kepentingan tertentu. Saya adalah “GENUINE BACKUP”.

” Siapa nak mengata, kata jer. Negara ini kan practice “Freedom of Speech” (dibaca “Freedom to BIADAP”)

” Saya #kaliskecaman #mukatebal #mukatakmalu

” Semoga kalian yang masih punya Abah atau Ayah atau Papa atau Daddy sedar kenapa seorang anak berdiri mempertahankan seorang bapa..” tulis Nurulhidayah.

Selain menulis luahan itu di Instagram,  Nurulhidayah turut berkongsi satu video lama yang memaparkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam video tersebut, Tun M bercakap tentang pemecatan Zahid Hamidi dari parti kerana dikatakan menyokong Anwar Ibrahim.

Terdahulu, Nurulhidayah turut mengaitkan presiden PAS yang tetap menerima sokongan meskipun sekian lama menjadi pembangkang.

” Bertahun PAS jadi pembangkang. Tak ada pun secara terang-terangan gerakan tumbangkan presiden PAS. Umno ni hebat dalam ugutan. Umno ni hebat dalam beri tekanan.

” Hanya yang kuat akan bertahan. Hanya yang sabar akan menang. Allah Maha Baik. Dia nak tunjuk siapa selama ini individu yang buat gerakan jatuhkan presiden.

” Silap haribulan, orang-orang itu yang buat sampai Datuk Seri Najib Razak ke penjara. Ini bukan kerja seorang dua. Ini kerja berkumpulan dan komplot terancang.

” Komplot luaran Umno, komplot dalaman Umno,” ujarnya menerusi TikTok dan Instagram.

Menerusi posting berlainan, dia turut menyatakan bahawa segala luahannya itu merupakan pandangan peribadinya sahaja.

” Saya dah 44 tahun hidup dan segala pandangan yang saya kongsikan adalah pandangan peribadi daripada pemerhatian yang tak ada kena mengena dengan sesiapa.

” Kalau Presiden Umno tu nak lepaskan tengkuk dia daripada tuduhan mahkamah, lama dah dia buat ikut telunjuk Tun Mahathir untuk bubar Umno.

” Berapa ramai yang lompat lepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)? Fikir, fikir, fikir.

” Walau bagaimanapun, bukan semua orang macam dia di ‘muka buku’ yang claim suara akar umbi. Allah sangat baik. Sabar, sabar, sabar. Apa pun, Allah punya ketetapan dan kehidupan yang perlu diteruskan.

” Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya berseorangan. Hasbunallah Wanikmal Wakil,” tulisnya lagi.

Untuk rekod sejak beberapa hari lalu desakan untuk Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN mengundur diri semakin kuat susulan kekalahan besar parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu.

Sumber:IG Nurulhidayah dan mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*