‘Mak Oii, Boleh Beli Tanah’ – Yuran Sekolah Anak Nora Danish Buat Semua Terbeliak Bijik Mata

Perkongsian pelakon cantik, Nora Danish yang menghantar anak sulungnya, Putera Rayqal ke sekolah berasrama penuh Kolej Tuanku Ja’afar semalam sememangnya mendapat perhatian ramai.

Hantar anak sekolah berasrama diumur 12 tahun

Mana tidaknya, tangisan Nora Danish ditepi cermin tingkap kereta sememangnya membuatkan warganet terutamanya kaum ibu memahami perasaan tersebut terutamnya perlu berpisah dengan anak tersayang.

Sekolah persendirian elit

Namun begitu, ramai tertanya-tanya sekolah mana yang mengambil kanak-kanak berusia 12 tahun untuk tinggal di sekolah berasrama.

Jadi, seorang pengguna Facebook yang juga merupakan peguam telah merungkai ‘misteri’ yuran sekolah berasrama yang merupakan sekolah persendirian elit di Malaysia.

Yuran tahunan boleh beli tanah, kahwin baru

” Nora Danish hantar anak dia ke Kolej Tuanku Jaafar. Isteri aku tanya kat mana sekolah tu? Aku mula-mula fikir, oh, di SM Sains Tuanku Jaafar ke?

” Aku pun konfiden jawab, kolej tu di Kuala Pilah. Sekolah tu memang SBP yang terkenal dan budak-budak dia power.

” Tak lama lepas tu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak Darjah Enam masuk? Sebab anak Nora Danish tu baru Darjah Enam.

” Huh? Aku pun cepat-cepat Google.

” La… Memang ada rupanya Kolej Tuanku Jaafar. Letaknya di Mantin. Ianya sebuah sekolah persendirian yang berkelas tinggi. 23 tahun hidup kat Negeri Sembilan, baru aku tahu ada sekolah ni.

Menurut pengguna Facebook itu, dia agak terkejut apabila mengetahui yang yuran tahunan di KTJ untuk sekolah menengah mampu membeli tanh dan bagi sekolah rendah pula seakan boleh menanggung seorang lagi isteri.

” Aku saja tengok yuran dia. Mana tahu, rezeki anak-anak masuk sekolah tu.

” Sekali, mak oi…. Yuran tahunan sekolah menengah dia boleh buat beli tanah. Yang sekolah rendah, boleh kahwin lain dua kali! Pehhh.

” Basically yuran dia macam ni:

Sekolah Rendah:
Pendaftaran- RM350
Kemasukan- RM3000
Tahun 1 & 2- RM30,360/setahun
Tahun 3 & 4- RM34,320/setahun

Tahun 5 & 6- RM39,690/setahun
Yuran ‘after school care’ iaitu jam 3.45pm-5.00pm- RM12,000/setahun
Sekolah menengah:
Pendaftaran- RM350
Kemasukan- RM5000

Deposit- RM25,000
Tak duduk asrama: RM59,700/setahun
Duduk asrama: RM87,000/setahun
Form 6: RM89,400/setahun

Takpelah, anak-anak sekolah biasa pun dah syukur

Walau bagaimanapun ,dia berfikiran positif dengan rezeki setiap orang itu berbeza. Mufarwa Farid juga sedar yang dia tidak mampu mebiayai bayaran yuran semahal itu namun berharap anak-anak dapat mendoakannya supaya suatu hari nanti mampu menyekolahkan mereka di sana.

” Setelah membaca kesemua yuran ini, terkenang aku dengan baki akaun bank yang ada sekarang. Terkenang juga jumlah hutang bank yang nak dekat sama dengan yuran tahunan sekolah ni.

” Takpalah anak-anakku. Sekolah je lah kat sekolah biasa. Tapi, doa-doa lah rezeki abah kau dapat sekolahkan kau di sini.

” Mana lah tahu, 5-6 tahun lagi dah mampu. Dapatlah kau orang sekolah kayangan macam ni. Silap-silap, mak baru pun kau orang dapat time tu. Ok ni gurau (kena clarify benda ni gurau).

” Yang penting, doakan lah bapak korang ni ya, anak-anak..” tulis beliau.

Perkongsian Mufarwa itu telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata terkejut dengan bayaran yuran tersebut namun tdak berasa heran kerana setiap orang mempunyai kemampuan yang berbeza.

Namun, mereka lebih tertarik dengan ‘gurauan’ berkenaan bini baru yang dilontarkan oleh pengguna Facebook itu yang dilihat agak ‘berani’ walaupun telah menjelaskan hal tersebut hanyalah satu candaan.

Sumber:ohmymedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*