Pengakuan Mngejutkan Vida Terima Surat Saman Jam 4 Bagi Dan Dedah Kenapa Tak Mngaku Bersalah Saja

Ahli perniagaan terkemuka, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) mengakui terkejut selepas menerima saman untuk kehadirannya di mhkamah.

Vida berkata, saman berkenaan diterima di rumahnya di Meru, Ipoh, Perak beberapa hari lalu selepas dimaklumkan pegawai yang menghantar dokumen itu mencarinya di beberapa premis termasuk di pejabat dan kediamannya.

Mengakui sibuk dengan urusan perniagaan, Vida berkata, sebaik mendapat makluman ada pegawai yang mencari bagi menyerahkan saman, beliau segera berhubung dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

” Sebenarnya saya agak terkejut menerima saman ini. Ia dihantar di rumah saya di Meru pada jam 4 pagi.

” Kebetulan saya baru pulang dari hospital, saya terkejut dan pada mulanya tidak mahu menerima saman itu.

” Mereka kemudian meninggalkan nombor telefon dan saya menghubungi semula sebelum dimaklumkan mereka akan menghantar saman berkenaan.

” Sebelum ini saya ada dipanggil untuk memberi keterangan mengenai video Muah Muah Raya, tapi tak sangka sebesar ini kerana saya tidak mempromosikan lagu itu,” katanya ketika ditemui di luar Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tampil mengenakan jubah berona pic, Vida tiba di Kompleks Mahkamah Sepang bersama-sama anaknya, Cik B dan diwakili peguam Datuk Adnan Seman.

Kenapa tidak mengaku bersaIah saja?

Ditanya mengapa beliau tidak terus membuat pngakuan bersaIah seperti yang dilakukan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sebelum ini, Vida berkata, beliau tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pengakuan saIah tanpa mengetahui perkara dan kesaIahan sebenar terlebih dahulu.

Katanya, beliau juga bimbang pengakuan saIah yang dibuat tanpa mengetahui perkara sebenar akan memberikan impak besar kepada perjalanan perniagaannya

Justeru, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan Adnan dan pasukannya untuk mengkaji dan mengambil tndakan sewajarnya termasuk memastikan beliau tidak perlu kerap ke mhkamah.

Dalam pada itu, Vida turut membayangkan tidak akan berhenti mengeluarkan klip video muzik di masa hadapan, biarpun sedang berdepan pertudvhan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Malah, beliau menganggap pertudvhan itu peluang untuknya melihat perkara yang tidak boleh dilakukan serta tidak mengulanginya di masa depan.

” Kalau kita tahu benda mana kesaIahan (yang dilakukan)… kita kena ‘clear’ (jelas) dan tidak akan buat benda yang sama. Saya akan lebih berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Adnan berkata, pihaknya akan meneliti dokumen lengkap berkaitan kes berkenaan yang akan diterima daripada pihak pendkwaan seperti yang diarahkan mahkamah, pada 7 Disember ini.

Katanya, ketika ini, beliau hanya mempunyai dokumen kertas pertudvhan yang dihantar kepadanya oleh Vida melalui aplikasi WhatsApp.

” Kita akan teliti dokumen dan akan lihat apa tndakan selanjutnya. Tapi hari ini, pada pihak kita, kami membuat pengakuan tidak bersaIah buat masa ini,” katanya.

Pada masa sama, Adnan berkata, isu video yang dihasilkan mengandungi bahan yang dianggap sumb4ng atau sebaliknya bergantung kepada interpretasi seseorang.

Katanya, kes berkenaan memberi peluang kepada banyak pihak untuk mengetahui memahami peruntukan undang-undang dan kesannya.

” Kadang kala ramai yang tidak faham implikasi undang-undang terhadap setiap bahan yang dimuat naik melalui media sosial kerana kini ada bermacam-macam trend di aplikasi TikTok dan YouTube.

” Bagi sesetengah pihak melihat ia sumb4ng tetapi bagi sesetengah pihak ia adalah benda yang ‘trending’. Benda ini kita perlu jelas.

” Kita akan nasihatkan anak guam lebih kepada interpretasi undang-undang dan bukan soal ‘trending’,” katanya.

Vida didakwa bawa imej ‘drag queen’ dalam muzik video lagu raya

Terdahulu muzik video lagu raya terbaharu Vida berjudul Muah Muah Raya didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa orang ‘drag queen’ sebagai penari.

Netizen juga mempersoalkan pemilihan konsep ‘drag queen’ dan juga pengertian raya sebenar bagi Vida.

Malah netizen juga turut meluahkan kekecewaan kerana dengan adanya muzik video sebegini telah mencermarkan dan membawa tanggapan yang salah tentang maksud hari raya atau hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendakwa sikap Vida sangat tidak matang dan tidak bersesuaian dengan umurnya yang sudah lanjut.

Apa itu Drag Queen?

Ratu drag (Bahasa Inggeris: drag queen atau “Dressed A Girl”) ialah suatu istilah yang merujuk kepada segolongan individu hampirnya/ selalunya lelaki yang berpakaian dan bersolekan menampakkan ciri keperempuanan (drag) serta berperwatakan seperti kaum tersebut secara berlebihan untuk tujuan hiburan.

Sumber”hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*