Vida Mengaku Tak BersaIah di Mahkamah. Rupanya Ini Yang Vida Dah Buat Sampai Kena Dakwa

Vida mengaku tak bersalah di mahkamah.

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida tiba di Kompleks Mahkamah Sepang di sini, bagi berdepan dengan dakwaan memuat naik komunikasi bersifat sumbang beberapa bulan lalu.

Wanita berusia 51 tahun itu dilihat tiba di perkarangan kompleks berkenaan pada 9.50 pagi.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang di hadapan Hakim Ahmad Rizki Abdul Jalil, mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 kerana membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.

Semalam, Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), berkata ahli perniagaan itu akan didakwa mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

” Ia berikutan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat sumbang.

” Ahli perniagaan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah (1) Sepang, pada jam 9 pagi,” katanya.

Vida mengaku tak bersalah

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang dalam satu video muzik ‘muah-muah raya’ April lalu.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan menggunakan aplikasi akaun YouTube ‘DSV Entertaiment’ telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu didakwa dilakukan pada 29 April lalu yang kemudian telah dilihat pukul 11.06 pagi pada 5 Mei lalu di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), Cyberjaya.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fazril Sani Mohamed Fadzil mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Vida yang diwakili peguam, Datuk Adnan Seman merayu agar jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 kerana ini merupakan kali pertama anak guamnya dituduh di mahkamah.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Ahmad Fuad membenarkan Vida diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk serahan dokumen.

Sebelum ini, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik netizen selepas ia dianggap seolah-olah tidak menghormati Aidilfitri apabila ia kelihatan seperti menampilkan unsur ‘drag queen’.

Sebelum ini muzik video lagu raya terbaharu Vida berjudul Muah Muah Raya didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa orang ‘drag queen’ sebagai penari.

Netizen juga mempersoalkan pemilihan konsep ‘drag queen’ dan juga pengertian raya sebenar bagi Vida.

Malah netizen juga turut meluahkan kekecewaan kerana dengan adanya muzik video sebegini telah mencermarkan dan membawa tanggapan yang salah tentang maksud hari raya atau hari kemenangan umat Islam selepas sebulan berpuasa.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga mendakwa sikap Vida sangat tidak matang dan tidak bersesuaian dengan umurnya yang sudah lanjut.

Apa itu Drag Queen?

Ratu drag (Bahasa Inggeris: drag queen atau “Dressed A Girl”) ialah suatu istilah yang merujuk kepada segolongan individu hampirnya/ selalunya lelaki yang berpakaian dan bersolekan menampakkan ciri keperempuanan (drag) serta berperwatakan seperti kaum tersebut secara berlebihan untuk tujuan hiburan.

Golongan ini berkait kuat dengan masyarakat yang berorientasikan hom0s3ksual, namun sesiapa sahaja tidak mengira orientasi mahupun gender boleh melakukan kegiatan ini.

Gaya pertunjukan berbeza mengikut kemahiran serta tujuan sama ada untuk tujuan lakonan dalam filem mahupun untuk suka-suka.

Sumber:hmetr0 dan k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*