‘Mcm2 Orang Komen Jahat Pada Anak Saya. Dh Puas Hati?’- Luahan NeeIofa Selepas Muka Anak Di Edit

” Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu menyinggung perasaan saya. Kalau orang nampak BiIal di luar, tak mengapa, saya tak halang.”

Itu luahan NeeIofa yang menyifatkan individu yang menyebarkan wajah anak sulungnya, Muhammad BiIal di media sosial tanpa izin sebagai tidak menghormati dirinya dan suami, Haris Ismail .

Menurut usahawan dan selebriti popular itu, dia tersinggung kerana tidak berpeluang untuk mendedahkan sendiri wajah BiIal.

” Tapi bila kongsi di media sosial, nampak dia tidak menghormati saya.

” Sepatutnya, bagilah saya seorang ibu yang melahirkan buat benda ini (mendedahkan wajah BiIal kepada umum),” luahnya dalam nada kesal.

Pemilik nama penuh Noor NeeIofa Mohd Noor itu berkata demikian pada majlis program bual bicara Next To NeeIofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil hari ini.

Program Next To NeeIofa 2 bakal bersiaran menerusi saluran Astro Ria pada 22 Oktober ini jam 10 malam. Antara artis jemputan ialah Ziana Zain, Diana Amir, Lisa Surihani, Tya Ariffin dan Kartini.

Sebelum ini, NeeIofa, 33, dan Haris banyak mengundang cakap-cakap belakang apabila pasangan itu hingga kini masih belum bersedia berkongsi wajah BiIal buat peminat sejak kelahirannya.

Penantian peminat akhirnya termakbul apabila seorang pengguna TikTok memuat naik klip video memaparkan wajah seorang budak lelaki sambil didukung seorang wanita dipercayai NeeIofa.

Namun, pendedahan itu bukan dilakukan atas kehendak kedua-dua pasangan berkenaan kerana perbuatan itu dibuat curi-curi. Ia dipercayai diambil ketika NeeIofa berada di sebuah klinik baru-baru ini.

Individu itu mendedahkan wajah BiIal sambil mengiringi perkongsiannya dengan keterangan: “Akhirnya boleh tengok juga (wajah) BiIal, betul ke ni? Kena saman ke tak ni?”

Bagaimanapun, hasil semakan Malaysiakini hari ini mendapati video tersebut sudah dipadam.

Mengulas lanjut, NeeIofa berkata, dia dan Haris atau dikenali PU Riz sudah mempunyai perancangan untuk berkongsi wajah BiIal.

Katanya, mereka sebenarnya hanya menunggu waktu yang sesuai untuk berbuat demikian.

” Memang akan sampai masa itu dan saya dengan suami dah rancang bila masa yang sesuai. Kami nak jadi orang pertama yang buat,” tambahnya.

Luahan NeeIofa selepas gambar anak di edit

Sementara itu, terbaru, NeeIofa berkongsi di Insta Story, Instagram beliau meluahkan perasaan susulan gambar anaknya yang diedit dan disebar oleh pihak tidak bertanggung jawab.

Terdahulu, warganet mengec4m sebuah portal hiburan yang terkenal dengan cerita f1tnah telah menyebarkan semula gambar anak NeeIofa yang di edit.

” Edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu.. dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati?

” Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar..

” Jangan kita melampau buat sesuatu perkara..mengubah/edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati.. benda ni dah timbulkan macam-macam f1tnah dan kata-kata yang tak baik.

” Tolong jaga sikit perasaan orang.. Ibu-ibu yang melalui susah payah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa..” tulis NeeIofa.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati terhadap NeeIofa.

” Astaghfirullah Azim..sejauh ini manusia harini mencari-cari kekurangan manusia lain.Makin tidak terkawal dah pemikiran mereka,beramai2 pula mengajak membenci manusia yg tidak berlaku zalim terhadap diri mereka.Allahuakbar.”

” Dari kecil dh di uji insan kecil yg bernama BiIal ni.. di permainkan manusia…Allah dh tetapkan dia utk kuat dari kecil lagi..seramnya tgk…jgn kaitkan dgn ibu bapanya…itu hak diorg nk buat apa pon utk anak diorg..” tulis warganet.

Sumber:IG NeeIofa dan maIaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*