Tinggal di Hutan Selama 40 Tahun Sebelum Kembali ke Kampung, Lelaki Tarzan Akhirnya MeninggI Dnia

Seorang lelaki yang digelar ‘Tarzan dunia sebenar’ kerana dibesarkan di dalam hutan selama 40 tahun sebelum kembali ke kampung halamannya dalam tahun 2013, meninggI dnia pada 6 September lalu, lapor akhbar The Sun semalam.

Ho Van Lang, 52 tahun meninggI dnia ak1bat k4nser hati.

Lang tinggal bersama bapanya, Ho Van Thanh di sebuah perkampungan kecil di Vietnam di Daerah Tra Bong sebelum mereka melarikan diri ke dalam hutan.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai interaksi dengan manusia atau dunia moden selama empat dekad.

Thanh yang merupakan veteran tentera, mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung kecilnya pada 1972 bersama Lang yang ketika itu berusia dua tahun selepas letvpan b0m tentera Amerika Syarikat mengorb4nkan isteri dan dua anaknya yang lain.

Thanh dikatakan mengalami ‘f0bia mendalam untuk kembali kerana dia tidak percaya bahawa Per4ng Vietnam telah berakhir’ sebelum ditemui oleh penduduk tempatan pada tahun 2013.

Sepanjang tinggal di hutan, dua beranak itu makan sayur-sayuran, buah-buahan, madu dan pelbagai jenis daging termasuk m.onyet, tikus, uIar, cicak, katak, kelawar, burung dan juga ikan.

Namun, orang ramai percaya penyesuaian terhadap kehidupan moden merupakan sesuatu yang sukar bagi Lang.

” Saya sedih melihat pemergian Lang, namun saya tahu ia sesuatu yang baik kerana saya tahu dia mend3rita beberapa bulan terakhir sebelum meninggI dnia.

” Lang seorang yang baik namun saya tidak suka melihat dia tinggal dalam dunia moden. Saya bimbang tubuhnya tidak dapat menerima perubahan yang drastik.

” Dia menghabiskan seluruh hidupnya tinggal di hutan dan apabila dia berada dalam dunia moden, Lang makan makanan yang diproses dan minum minuman beraIk0hol,” kata seorang pengembara, Alvaro Cerezo.

Cerezo yang pernah mengikuti Lang dan tinggal bersamanya di dalam hutan selama seminggu berkata, Lang merupakan seorang lelaki yang sangat baik dan merakam kehidupan Lang dan menulis buku tentang kehidupan lelaki itu.

Lang amat teruja melihat cahaya daripada mentol lampu pada waktu malam.

” Lang memberitahu saya bahawa menikmati cahaya lampu pada waktu malam merupakan satu pengalaman yang mengujakan,” kata Cerezo.

Cerezo turut menjelaskan dalam satu kenyataan “kehidupan moden” yang dilalui oleh Lang seakan menjadi perangkap kepadanya, seperti mengambil makanan olahan yang penuh dengan bahan kimia.

Malah Lang berdepan kehidupan baru yang drastik dan adakala mengambil minuman aIk0hol.

” Dia adalah manusia yang luhur, tidak mungkin saya dapat melupakannya, saya akan merindukannya setiap hari.” luah Cerezo.

Kisah Lang dan bapanya kedengaran seperti sebuah filem Hollywood seperti Tarzan atau Mowgli.

Pasangan anak beranak itu membina rumah di atas pokok, memakai pakaian daripada kulit kayu dan memburu haiwan liar untuk dijadikan makanan. Mereka berdua tidak mempunyai hubungan dengan dunia luar atau manusia lain selama lebih empat dekad.

Mereka telah ditemui oleh penduduk tempatan pada tahun 2013 dan kemudian cuba menyesuaikan diri zaman moden apabila tinggal di sebuah rumah berhampiran hutan.

Pada penghujung 2015,  Alvaro Cerezo yang juga pengarah urusan Docastaway telah memilih untuk bertemu Lang dan bapanya untuk mengetahui bagaimana Lang dan bapanya mampu bertahan begitu lama hidup di hutan.

Ketika dibawa pulang ke kampung, buat pertama kalinya juga, Lang menonton televisyen sejak diceritakan oleh bapanya sewaktu dia masih muda.

Dia diberitahu bahawa orang yang dilihatnya di dalam TV itu sebenarnya tidak berada ‘dalam’ kotak TV itu.

Walaupun Lang banyak didedahkan dengan teknologi moden di kampung tempat tinggalnya, dia masih tidak berapa faham mengenai peraturan sosial.

Cerezo berkata bahawa Lang seperti seorang bayi. Dia sering meniru mimik muka dan suka main sembunyi-sembunyi.

Sumber:k0smo dan iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*