Teman Lelaki Arwah Syazlin Zainal Akhirnya Meluahkan Perkara Ini Selepas Sehari Pemergian Arwah

Teman lelaki Syazlin Zainal luahkan..

” Sayang percayalah saya akan cuba sedaya upaya yang mampu untuk kuat harungi liku-liku kehidupan ini berseorangan tanpamu.”

Demikian luahan teman lelaki Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Shaf Pablo yang m4ut selepas terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Johor Bahru, kelmarin.

Menurut Shaf, kehadiran Syazlin dalam hidupnya begitu singkat dan reda dengan pemergian teman istimewanya itu.

” Terima kasih untuk segalanya sayang. Saya tidak akan lupa semua kenangan manis, suka dan duka kita bersama.

” Allah pinjamkan awak bersama saya betul-betul sekejap.

” Saya perlu terima setiap yang hidup mesti akan berasa m4ti dan perkara yang paling hampir dengan kita adalah kemat1an serta benda yang paling jauh dengan kita adalah hari semalam (kelmarin).

” Siapalah saya untuk menolak qada dan qadar. Walaupun berat saya cuba yang terbaik untuk diri ini,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.

Syaf yang hadir ke majlis pengebumian yang disempurnakan di Tanah Perkubvran Islam Taman Keramat AU2 jam 10 malam tadi turut mendoakan agar arwh ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

” Semangat dan impian sayang akan saya bawa bersama sampai tiba masa saya bersama dengan awak di sana kelak.

” Allah lebih sayangkan awak. Semoga roh sayang ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

” Tenanglah disana sayang, kekasihmu ini akan selalu merinduimu . Saya sayang awak Syazlin Suhaizan Zainal,” tulisnya lagi.

Sepupu minta henti spekulasi

Dalam pada itu, sepupu kepada pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal iaitu Trisya meminta netizen berhenti membuat pelbagai dakwaan mengenai berhubung punca kematian Allahyarham.

Trisya menerusi hantaran di akaun Twitter miliknya berharap netizen dapat menghormati keluarga arwh.

Ramai yang DM saya, maaf tak sempat nak reply. Semuanya masih dalam siasatan. Stop buat kenyataan yang tak benar dan saya mohon hormat keluarga Allahyarhamah Syazlin Zainal. Biarlah keluarganya sendiri memberi kenyataan,” maklumnya.

Terdahulu, Syazlin ditemui meninggI dnia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, semalam.

Perkara itu juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bharu Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat.

” Pada 10 November 2022, lebih kurang jam 12.50 tengah hari, pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan menemui mayat seorang wanita di bahagian bawah sebuah pangsapuri di kawasan Taman Iskandar, Johor Bahru.

” Hasil siasatan polis mendapati si mati merupakan wanita warga tempatan berusia 26 tahun, bekerja sebagai pelakon sambilan.” katanya

Bagaimanapun, menurut kenyataan berkenaan, polis tidak menemui sebarang unsur jnayah dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pihak Polis IPD Johor Bahru Selatan memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau boleh berhubung dengan pegawai penyiasat iaitu ASP Mat Nawi Bin AB Rahman di talian 016-505 0808.

Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan beberapa lagi.
Allahyarham merupakan anak bongsu daripada lima adik-beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*