Pelakon Syazlin Zainal M4ut Akibat Jatuh Tingkat 22 Pangsapuri. Ini Luahan Elisya Sandha

PoIis mengesahkan kemat1an pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal disebabkan terjatuh daripada tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya mendapat panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri berkenaan kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

Raub memberitahu mngsa berusia 26 tahun disahkan meninggI dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

” Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan.

Syazlin disifatkan sebagai seorang happy go lucky dan murah dengan senyuman.

” Sebab kem4tian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan berita kemat1an pelakon drama Oh My Hantaran tersebut selepas dimaklumkan oleh sepupunya, Trisya Azahar menerusi Twitter.

Dalam pada itu, Raub menjelaskan siasatan awal polis tidak mendapati sebarang unsur jnayah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

Sehubungan itu, pihak polis turut meminta bantuan orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.

Sementara itu, Trisya menerusi hantaran terbaharu di Twitter memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kem4tian Syazlin.

Syazlin pernah muncul dalam dua buah drama sebelum ini.

” Saya mohon kepada semua berhenti buat sebarang kenyataan. Tolong hormat pihak keluarga beliau. Terima kasih semua atas doa dan minta ampunkan dosa beliau dan halalkan segalanya,” kongsinya di Twitter.

Menurutnya lagi, punca kemat1an masih dalam siasatan dan jenazah kini masih berada di hospital.

Trisya turut memberitahu proses pengebumian dan majlis tahlil akan diberitahu kelak.

“Orangnya ‘happy go lucky’ dan murah senyuman” – Rakan selebriti terkejut berita pemergian Syazlin Zainal

Perkongsian Elisya Sandha

Sementara itu, pmergian pelakon Syazlin Zainal pada Khamis mengejutkan banyak pihak termasuk peminat dan rakan selebriti yang pernah bekerjasama dengannya.

Aktres Elisya Sandha, 23, yang pernah bergandingan dengan Allahyarham menerusi drama Oh My Hantaran turut meluahkan rasa sedih atas berita kemat1an Syazlin.

Menurut Elisya, Syazlin mempunyai perwatakan baik dan tidak lokek dengan senyuman setiap kali mereka bertemu.

” Syazlin Zainal, saya pernah shooting dengan awak dulu dan tidak ada sekali pun awak tak pernah senyum kepada saya.

” Beberapa hari lagi merupakan ulang tahun kelahiran awak. Saya tak percaya awak pergi secepat ini,” tulisnya di Insta Story.

Dalam pada itu, pelakon Hun Haqeem sependapat dengan Elisya, mengatakan pelakon wanita itu seorang yang sangat pemurah dengan senyuman.

” Dia banyak tersenyum di set penggambaran dan selalu ingin memberikan yang terbaik. Berita kemat1annya itu benar-benar mengejutkan kami,” tulisnya.

Aktor Andy Teh turut berkongsi kesedihan atas pemergian Syazlin dan memuat naik beberapa foto dan video bersamanya di Instagram.

Kata Andy, dia akan sentiasa merindui sahabatnya itu dan menyifatkan Syazlin seorang yang sentiasa ceria.

” Awak pasti akan dirindui Alin. Seorang kawan yang baik, happy go lucky dan kami sentiasa saling menyokong.

Syazlin dikatakan seorang yang sering tersenyum.

” Dia selalu beri saya komen-komen positif. Saya terkejut mendengar berita ini,” tulisnya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*