Abang Arwah Syazlin Zainal Mula Ceritakan Perkara Sebenar, ‘Dia Seorang Yang..’

Perwatakan ceria ditunjukkan pelakon dan pempengaruh, Syazlin Zainal di media sosial selama ini termasuk beberapa hari lalu membuatkan seluruh ahli keluarganya terkejut dan tidak menyangka anak bongsu daripada lima beradik itu pergi buat selama-lamanya, semalam.

Menurut abang keduanya, Reza Zachary Zainal, 33, kali terakhir keluarga bertemu Syazlin kira-kira dua minggu lalu, malah dua hari lalu adiknya itu ada memberi ucapan hari lahir buat abang sulung mereka.

” Dia seorang periang dan memandangkan semua abang dia sudah kahwin, jadi dialah yang banyak uruskan majlis-majlis keluarga.

” Dia seorang yang penyayang dan suka main dengan anak-anak buah, buat video dengan anak-anak buah dia seperti yang dia kongsi di media sosial.

” Kami sedihlah, kira-kira dua minggu lalu ada jumpa dia. Dua hari lalu dia ucap selamat hari lahir pada abang sulung.

” Selalunya keluarga memang akan sambut hari lahir dia dan abang serentak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, hari ini.

Reza berkata, Syazlin akan menyambut ulang tahun kelahiran pada 14 November ini.

Katanya, mereka sekeluarga menetap di Kuala Lumpur, namun Syazlin berada di daerah ini kerana menjalankan penggambaran.

Dia berkata, jenazah Allahyarham Syazlin dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk dikebumikan, selepas selesai proses bedah siasat.

” InsyaAllah kita bawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur sebab kita tiada saudara mara di sini (Johor),” katanya.

Menurut Reza, Syazlin atau nama sebenarnya Syazlin Suhaizan meminati bidang seni sejak di bangku sekolah dan menceburi bidang peragaan dan iklan sebelum bergelar pelakon.

Reza turut memohon orang ramai yang mengenali Syazlin mendoakan Allahyarham supaya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Allahyarham Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

Allahyarham adalah anak bongsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat melaporkan seorang wanita berusia 26 tahun yang juga seorang pelakon sambilan ditemui meninggI dnia selepas dipercayai jatuh dari tingkat 22 sebuah pangsapuri di Taman Iskandar di sini, jam 12.50 tengah hari semalam.

Raub memberitahu mngsa berusia 26 tahun disahkan meninggI dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan.

Syazlin disifatkan sebagai seorang happy go lucky dan murah dengan senyuman.

” Sebab kem4tian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggI dnia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan berita kemat1an pelakon drama Oh My Hantaran tersebut selepas dimaklumkan oleh sepupunya, Trisya Azahar menerusi Twitter.

Dalam pada itu, Raub menjelaskan siasatan awal polis tidak mendapati sebarang unsur jnayah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

Sehubungan itu, pihak polis turut meminta bantuan orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.

Sementara itu, Trisya menerusi hantaran terbaharu di Twitter memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kem4tian Syazlin.

Syazlin pernah muncul dalam dua buah drama sebelum ini.

” Saya mohon kepada semua berhenti buat sebarang kenyataan. Tolong hormat pihak keluarga beliau. Terima kasih semua atas doa dan minta ampunkan dosa beliau dan halalkan segalanya,” kongsinya di Twitter.

Menurutnya lagi, punca kemat1an masih dalam siasatan dan jenazah kini masih berada di hospital.

Trisya turut memberitahu proses pengebumian dan majlis tahlil akan diberitahu kelak.

Sumber:Hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*