‘Saya Tahu..’ – Mas Khan Muatnaik Status Tentang Syazlin Zainal, Ayat Last Dia Tulis Mengejutkan Semua

Pemergian pelakon, Syazlin Zainal pada petang Khamis nyata mengejutkan ramai pihak termasuklah para penggiat industri seni tanah air.

Antara yang turut sama menzahirkan rasa dukacita berhubung perkhabaran tersebut adalah pelakon, Hun Haqeem.

Menurut Hun Haqeem atau nama sebenarnya Haqeem Hermy, selain tidak lokek dengan senyuman, Syazlin juga merupakan seorang yang sangat komited ketika bekerja.

” Dia sentiasa senyum ketika berada di set. Seorang yang sangat bercita-cita tinggi dan sentiasa ingin melakukan yang terbaik setiap hari.

” Luluh hati bila dapat tahu mengenai perkhabaran ini. Semoga kamu sentiasa tenang di alam sana. Doa kami sentiasa mengiringi kamu,” tulisnya di Instagram stories.

Mas Khan pula muatnaik status ini

Terbaru, pelakon Mas Khan turut tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir buat Syazlin apabila turut hadir pada upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat AU2 pada malam Jumaat.

Menurut Mas atau Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan, dia cemburu melihat pemergian arwh yang dihadiri ratusan orang yang menunjukkan ramai terkesan dengan kemat1annya.

” Ramainya orang yang hantar Alin (panggilan Syazlin), cemburu Mas tengok. Mas belum tentu dapat macam Alin. Ramai orang sayang Alin. Rehat okay.

” Al-Fatihah… semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Amin,” tulisnya di Insta Story.

I know the truth..Tolong ambil berat fasal orang di sekeliling anda

Dalam pada itu, aktor berusia 28 tahun itu turut memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca kemat1an arwh.

Mas mendakwa dia mengetahui kebenarannya namun meminta orang ramai agar mendoakan buat sahabatnya itu.

” Kenyataan polis telah pun disebarkan dan media pun dah update dekat media sosial. Kalau nak tahu baca sahaja kenyataan berkenaan.

” Tetapi saya harap jangan buat sebarang spekulasi tentang kenyataan itu. Jangan sebarkan f1tnah atas berita yang kita tak tahu kebenarannya.

” I know the truth. Doa baik-baik untuk arwh.

” Tapi tolong ambil berat fasal orang di sekeliling anda. Sokongan itu sangat penting,” katanya.

Sementara itu, pelakon senior, Fazlinah Ahmad Daud turut menyifatkan industri seni bagai kehilangan permata baharu diatas pemergian Syazlin ini.

” Salam takziah buat keluarga beliau. Seorang yang punyai jiwa yang sangat baik. Perginya terlalu awal. Al-Fatihah buat Syazlin Zainal,” tulisnya di Instagram stories.

Pada masa sama, pelakon Talha Harith juga memberitahu, momen-momennya sepanjang berkerjasama dengan Syazlin akan sentiasa dikenang sampai bila-bila.

” Cepat betul kau pergi meninggalkan kami dik. Apa-apa pun abang dan lain-lain akan sentiasa ingat kau sampai bila-bila. Seorang yang punyai sifat yang harus ada di dalam diri setiap anak muda.

” Dik, apa-apapun tugas kau dah selesai di sini. Doakan abang dan yang lain-lain bila adik dekat sana nanti. Salam takziah dari saya,” kata Talha di Instagram stories.

Fazlinah dan Talha pernah bekerjasama dengan Syazlin menerusi telefilem, Syukur Itu Aku.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan arwh m4ut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.

Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.

” Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan.

” Sebab kemat1an adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggI dnia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jnayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai m4ti mengejut.

” Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta memberikan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab. Rahman merusi talian 016-5050808,” jelasnya.

Untuk rekod, arwh pernah membintangi drama Sitik Tok dan Oh My Hantaran.

Sumber:mstar, IG Mas Khan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*