Ramai Cakap Syafiq Tak Sehebat Syamsul Yusof. Sekali Bila Tahu Kutipan Terkini Filem ALF3, Terdiam Semua

” Aku penah tengok filem Syafiq Yusof sebelum ni, apa yg aku bleh cakap aura dia tak sama macam abg dia Syamsul..”

” Filem2 Syamsul bleh kata smua berjaya, tp tak semestinya filem adik dia pn berjaya.. sama gk filem Abang Long Fadil ni aku tak rasa bleh pecah panggung”

Itu antara respon segelintir warganet yang seakan tidak yakin dengan filem arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 3 yang ditayangkan sejak empat hari lalu.

Umum mengetahui Syafiq adalah adik kepada pengarah Syamsul Yusof di mana filem arahannya Mat Kilau kini telah mencecah hampir RM100 juta.

Justeru tidak hairan jika timbul perbandingan antara kedua pengarah muda yang merupakan anak kepada Dato’ Yusof Haslam itu.

Namun siapa sangka filem aksi komedi Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof berjaya meraih kutipan ‘sebanyak RM1.2 juta pada hari pertama tayangan.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw terbabit yang akan ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara bermula 8 September turut menerima reaksi luar biasa.

Kebanyakan komen penonton menyifatkan filem itu antara karya komedi terbaik. Unsur lawak yang disuntik sangat mengagumkan mereka selain lakonan pelakonnya cemerlang.

Abang Long Fadil 3 adalah idea asal Syafiq Yusof sendiri. Terdahulu, Syafiq turut menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 serta mencipta fenomena tersendiri apabila sekuel kedua menjadi filem tempatan pertama raih kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.

Uniknya dalam ketiga-tiga sekuel Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi tema berbeza termasuk dunia gangster, dunia mafia, dan perisikan.

Siri jelajah filem itu turut diadakan pada 10, 11 September di Johor dan Melaka manakala 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi.

Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Abang Long Fadil 3 raih kutipan RM10 juta

Terbaru, filem Abang Long Fadil 3 mencatat kutipan RM10 juta selepas ditayangkan sejak Khamis lalu.

Penerbitnya, Datuk Yusof Haslam berkata, kejayaan itu membawa visi mereka dalam menghasilkan filem dengan nilai hiburan terbaik buat penonton.

” Syukur atas sambutan memberangsangkan untuk filem Abang Long Fadil 3.

” Sebagai penerbit, tentunya keutamaan kami adalah mempersembahkan filem yang dihasilkan dan ia mampu diterima serta memberi nilai hiburan kepada penonton.

” Sejak ditayangkan, kami sudah menerima pelbagai reaksi daripada penonton selepas mereka menyaksikan filem ini dan kami amat berterima kasih kepada semua atas sokongan terhadap filem ini,” katanya.

Abang Long Fadil 3 arahan Syafiq Yusof menampilkan lakonan Zizan Razak dan Johan Raja Lawak.

Kisah Abang Long Fadil 3 bermula apabila Fadil (Zizan Razak) menerima tawaran menjadi perisik profesional di NSS (National Secret Service).

Bagi menumbangkan konspirasi jahat kumpulan kongsi gelap terbesar, SSO (Secret Society Organization) yang diketuai oleh Chow Han (Johan Raja Lawak), Fadil terlibat dalam kerjasama dengan Ejen Alice (Elizabeth Tan) menerusi misi terbaru yang lebih berprofil tinggi.

Bagaimanapun, kehadiran Yana (Tania Hudson), bekas kekasih Fadil, mengganggu misi NSS dan merumitkan keadaan.

Apabila Chow Han menyedari NSS mengintipnya, dia mengarahkan pembunuh upahan, King Cobra (AC Mizal) untuk menghapuskan Fadil dan Alice.

Terdahulu, Syafiq telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta.

Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gangster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*