InnaliIIahiwainailaihirojiun, Baru Je Dua Bulan Kahwin, Suami Salamiah Hassan Meninggal Dunia

InnaliIIahiwainailaihirojiun, Suami Salamiah Hassan meninggal dunia

Suami penyanyi, Salamiah Hassan, 71, iaitu Gery Hughes, 68, meninggal dunia di Tasmania, Australia, pagi semalam, selepas dua bulan mendirikan rumah tangga.

Berita duka itu disahkan oleh anaknya yang juga penyanyi, Atilia Haron.

Atilia berkata, dia sekeluarga menerima berita pemergian arwah, pagi semalam.

” Kami menerima berita pemergian arwah pada pagi Jumaat. Kini, mama dalam perjalanan ke Tasmania.

” Kami harap dapat diberikan ruang selepas menerima berita mengejutkan ini.

” Insya-Allah, saya akan terbang ke Tasmania pada 12 November ini,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Atilia berkata, dia tidak dapat berkongsi berkenaan punca sebenar kemat1an kerana masih menunggu laporan terkini daripada ibunya.

” Saya sedang menunggu mama sampai ke Tasmania untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

” Sebelum ini, mama berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri undangan persembahan,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan Salamiah, Atilia akur, ibunya sedang bersedih dan berharap diberikan ruang untuk melalui situasi duka itu.

” Tentu sekali dia sedang bersedih,” katanya ringkas.

Pada 1 September lalu, Salamiah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Liverpool yang kini menetap di Australia pada satu majlis sederhana di Burnie, Tasmania.

Salamiah dan Hughes telah lama mengenali antara satu sama lain iaitu sejak 15 tahun lalu sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, mereka juga menjalinkan hubungan cinta secara on and off dan Hughes telah beberapa kali melamarnya.

Namun, serangan Covid-19 telah merapatkan semula hubungan mereka sehingga membuka hati Salamiah untuk menerima lamaran Hughes.

Sebelum ini, penyanyi lagu Gelombang itu pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Raja Haron Raja Aziz dan berpisah pada 1986.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Atilia dan Raja Ahmad Shah.

Bagaimanapun, bekas suaminya meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.

Suami berasal dari Liverpool tapi menetap di Australia

Pada September lalu, Salamiah memberitahu, selama hidup bersendirian selepas berpisah dengan suami pertama, beliau tidak pernah terfikir akan kembali menjadi isteri orang.

Sebagai seorang wanita yang berdikari, Salamiah berkata bahawa urusan jodoh dan pertemuan diserahkan kepada Allah termasuk pertemuannya dengan Hughes yang berasal dari Liverpool tetapi kini menetap di Australia.

” Alhamdulillah, saya ditemukan dengan seorang lelaki yang baik.

” Yang penting anak-anak dan ahli keluarga saya menerima kehadirannya dengan baik. Begitu juga dengan keluarga Hughes juga sangat menyenangi saya.”

” Saya berdoa kepada Allah agar segala urusan saya dan suami dipermudahkan,” ujar Salamiah lagi, dipetik daripada Astro AWANI pada 1 September.

Selain Atilia, Salamiah juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Raja Ahmad Shah.

Terdahulu pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis.

Ketika itu Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu Gelombang itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.

Sumber:bharian dan utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*