Benda Dah Tersebar, Siti Saleha Muatnaik Status Ini Selepas Sehari Pergi Mhkamah Tuntut Crai

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba berita kurang enak mula menyapa. Ibarat disangka panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan tengah hari.

Begitulah yang terjadi kepada aktres popular Siti Saleha apabila rumh tngganya berhadapan msaIah.

Semalam, Siti Saleha, 31, mengesahkan memfailkan percraian terhadap suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, selepas berdepan keret4kan rumh tngga.

Memilih tidak berkongsi lanjut punca percraian, Saleha akur dengan ketentuan hidupnya.

” Saya memfailkan kes crai ini atas kebenaran mhkamah.

” Saya mohon pengertian ramai terhadap apa yang saya lalui.

” Selanjutnya, saya enggan mengulas. Terima kasih,” demikian reaksi spontan pelakon 7 Hari Mencintaku itu kepada BH Online.

Terdahulu, Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-33 itu selaku plaintif hadir ke Mhkamah Rendah Syariah, Klang, Selangor bagi sebutan kes percraian dengan Ahmad Lutfi.

Nyata, berita itu amat mengejutkan kerana rumah tangga Saleha dan Ahmad Lutfi disangka bahagia.

Lebih 13 tahun menceburi dunia seni, pelakon drama Scammer itu mendaki populariti dan memperdagangkan bakat tanpa mencampuri soal peribadi.

Malah, sejak menamatkan zaman bujang hanya sesekali kisah peribadi dikongsi ramai termasuk menantikan soal cahaya mata selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Jujurnya, Saleha berkata, tidak semua perkara yang dirancang mampu diperoleh dengan sekelip mata.

” Ada perkara tidak menjadi seperti yang didambakan,” katanya kepada BPOP pada Mei lalu.

Menerusi tinjauan BH Online, kali terakhir wanita kacukan Melayu-Inggeris itu berkongsi gambar bersama Ahmad Lutfi pada Mac lalu sempena ulang tahun ke-35.

Pemenang trofi Asia Model Awards 2020 di Seoul, Korea Selatan itu mendirikan rumh tngga pada 28 Julai 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Tahun ini, wanita kelahiran Basildon, England itu berjaya membolosi dua kategori, Pelakon TV Wanita Popular dan Gandingan Serasi Drama Popular bersama Shukri Yahaya bagi drama 7 Hari Mencintaiku 2 pada ABPBH 34.

Hingga kini, Saleha mendapat sokongan teguh kelab peminat, Team Siti Saleha.

Siti Saleha muatnaik ‘status’ terbaru di IG

Sementara itu berdasarkan semakan di Instagram, Saleha tidak membuat sebarang kenyataan berhubung berita percraian tersebut biarpun diasak pelbagai pertanyaan oleh pihak media dan warganet.

Namun, dalam satu status, Salehe memaklumkan dirinya dalam keadaan baik.

” I’m good (saya baik-baik sahaja)” tulis Saleha.

Susulan dari itu, para peminat serta rakan artis telah memberi respon di ruangan komen positif kepada Saleha mendoakan beliau tabah dengan ujian ini.

” Kepada Siti Saleha, saya berdoa agar terus kuat dan tabah menghadapi berdepan dengan ujiannya. Semoga dipermudahkan segala urusan yang baik. Insya-Allah..” tulis Nasrul.

Kisah msIah rumh tngga Siti Saleha ini sebenarnya agak mengejutkan apabila aktres itu sendiri sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang hal peribadinya secara terbuka di media sosial mahupun kepada media.

Bagaimanapun hasil tinjauan di Instagram mendapati kali terakhir Saleha berkongsi foto mesra bersama suami adalah pada 24 Mac lalu.

Pada tarikh berkenaan Saleha memuat naik foto di dua posting berasingan bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

” It’s your birthday bubbaboo. I pray Allah bless you always and grant everything you wish for. I love you too much. (Saya berdoa agar Allah sentiasa memberkati anda dan mengabulkan semua yang anda mahukan. Saya terlalu sayangkan awak),” tulis Saleha pada posting berkenaan.

Beliau sebelum itu melangsungkan majlis pertunangannya dengan Lutfi yang berusia 30 tahun ketika itu di sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya di Klang pada 26 November 2016.

Bermula sebagai kenalan biasa, lama-kelamaan perasaan itu bertukar ke arah perasaan cinta antara mereka berdua kerana selalu bertemu.

Saleha dilamar oleh Lutfi yang merupakan seorang pegawai kerajaan ketika mereka menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico, Julai 2017. Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik.

Sumber:bharian dan mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*