Tuduhan Mengani4ya Bella, Akhirnya Mhkamah Buat Keputusan Ini Terhadap Siti Bainun

Mhkamah Sesyen, di sini, hari ini mengarahkan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali membela diri atas pertudvhan mengabai dan mengan1aya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali Bella.

Siti Bainun, 30, yang memakai baju kurung hitam dan tudung merah jambu kelihatan berada di kawasan letak kereta Kompleks Mhkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 8 pagi dan menuju ke pekarangan mhkamah kira-kira sejam selepas itu.

Hakim Mhkamah Sesyen, Izralizam Sanusi ketika membacakan keputusan pada akhir kes memutuskan pendkwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun yang berhadapan dengan dua pertudvhan mengabai dan menganiya Bella.

Mhkamah memberi tiga pilihan iaitu memberi keterangan bersumpah dalam kandang tertvduh yang mana pihak pendkwaan boleh menyoal balas keterangan itu atau memberi keterangan dalam kandang tertvduh tanpa mengangkat sumpah pendkwaan tidak boleh menyoal balas keterangan tertvduh.

Manakala pilihan ketiga ialah berdiam diri.

Siti Bainun yang memilih untuk memberikan keterangan bersumpah dari kandang kelihatan tenang.

Beberapa orang ahli keluarga memeluk Siti Bainun selepas keputusan pagi ini.

Untuk rekod perbicaraan kes itu bermula 30 Mac lalu (2022) dan antara saksi pendkwaan yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah mangsa iaitu Bella, pakar psikiatri Dr. Wan Asyikin Wan Azlan, pembantu pengurus syarikat swasta Zurianty Sudin, pakar bedah plastik, Dr. Salmi Mohamed Shukur.

Selain itu ialah bekas penghuni Rumah Bonda Yasmin Nahar Mahmood, 19, yang merupakan saksi pendkwaan kelima.

Dalam keterangannya sebelum ini, Yasmin pernah memberitahu mhkamah bahawa Bella did3ra Siti Bainun dan kejadian itu sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

Semasa perbicaraan kes itu juga, Hakim Izralizam pada April lalu pernah memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang komen di media sosial berkaitan perbicaraan kes itu yang ketika itu sedang berlangsung.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendkwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias manakala peguam Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan dan Nur Ellena Mohamed Razif mewakili Siti Bainun.

Sebelum ini, Siti Bainun mengaku tidak bersalah mengabai dan mengan1aya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami keced3raan fizikal serta emosi.

Dia did4kwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Sksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukvman maksimum pnjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sab1t kesaIahan.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*