Raysha Rizrose Akhirnya Umum Berita Gembira. Lihat Profil Buah Hati Beliau, Rupanya Bukan CaIang2

PeIakon Raysha Rizrose, 26, pernah sekali mengalami ‘putus cinta’ dengan kekasihnya, Nabil Jeffri, 29, juga seorang pelumba kereta Formula 3 sepanjang 10 tahun percintaan mereka sejak dari sekolah menengah.

Menurut Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz ketika ditemui, mereka pernah putus hubungan selama empat bulan, sebelum akhirnya berbaik semula selepas Nabil berjaya memujuknya.

” Kami berkenalan dan bercinta sejak dari sekolah lagi. Saya pun tak sangka, cepatnya masa berlalu dan sekarang hubungan kami dah 10 tahun.

” Tak dinafikan juga, memang sudah ada perancangan ke arah perkahwinan.

” Tapi, semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan.

Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Raysha tampil pada acara pratonton RR Bridal RTW 22 oleh pereka fesyen tersohor, Rizman dan Ruzaini yang sekali gus memperkenalkannya sebagai ‘muse’ untuk rekaan berkenaan yang nampak mewah, tapi harganya berpatutan.

Ditanya juga cabaran dilaluinya dalam mempertahankan hubungan dibina, Raysha berkata dia dan Nabil menjalani hubungan cinta jarak jauh (LDR) kerana tuntutan karier kekasihnya itu yang lebih banyak berada di luar negara sebagai pelumba kereta.

” Sepanjang tempoh 10 tahun ini, kami saling memahami tuntutan karier masing-masing.

” Malah, kalau ada masalah pun, kami segera berbincang dan selesaikannya. Tapi, tipulah kalau kami tak pernah bergaduh dan merajuk.

” Apapun, pada umur sekarang kami dah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat masa ini, masih dalam perancangan lagi,” katanya mengakui belum dirisik oleh buah hatinya itu.

Mengulas pula impian perkahwinannya, Raysha berkata sebagaimana wanita lain, dia juga mahu merasai proses merisik, bertunang dan seterusnya majlis perkahwinan.

Apapun, katanya, dia menginginkan majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikannya bersama-sama.

Siapa Nabil Jefri, buah hati Raysha

Bagaimanapun, pemenang Dewi Remaja selepas Neelofa ini cukup senang andai ditanya rakan media mengenai gerangan lelaki yang bertakhta di hatinya kini.

Raysha menjelaskan, dia sudah mengenali kekasihnya itu lebih enam tahun lalu, iaitu sejak dia terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja lagi.

” Kami kenal sudah lama, sekitar lima ke enam tahun. Malah sebelum saya sertai Dewi Remaja lagi. Senang bersama dengannya kerana dia seorang yang memahami dan punya visi untuk berjaya.

” Soal kahwin atau melangkah ke suatu fasa serius, kami masih belum terfikir lagi sebab masing-masing tengah nak kejar cita-cita. Lagi pula, biarlah kakak saya yang selesai (berkahwin) dulu,” katanya.

Terdahulu, Nabil Jeffri atau nama sebenarnya, Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri merupakan seorang pelumba kereta profesional negara dan terkini dia merupakan seorang wakilan kepada jenama Mercedes-AMG.

Pada September 2010, ketika berusia 16 tahun, Nabil mengikuti pasukan Formula Satu negara Malaysia, Lotus Racing, di United Kingdom, di mana beliau memandu Lotus T127, dan menjadikannya pemandu termuda dalam sejarah F1.

Ketua Pasukan Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, menyatakan bahawa Nabil ialah salah seorang ahli Program Pembangunan Pemandu ASEAN AirAsia.

Pada 2017, Nabil Jefri, bekas pelajar SMK Damansara Utama telah dicalonkan untuk Pemandu Terbaik Tahun Ini dan Anugerah Pilihan Rakyat di Anugerah Sukan Permotoran SIC-MAM Malaysia 2016 yang pertama.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*