Jawapan Shila Amzah Selepas Dia Didakwa Mempunyai Harta Berjumlah RM2OO Juta

Sejak semalam, hangat di media sosial apabila orang ramai mempertikaikan penyertaan penyanyi terkenal, Shila Amzah sebagai salah seorang peserta Gegar Vaganza musim yang kesembilan.

Menerusi tinjauan, ada segelintir dalam kalangan netizen yang kurang berpuas hati dengan pemilihan Shila sebagai salah seorang daripada 13 peserta terlibat.

Pada pendapat mereka, Shila masih lagi muda dan relevansinya dalam industri muzik masih kukuh.

Malah beliau baru sahaja menjuarai program The Masked Singer Malaysia musim kedua dan juga sedang mempromosikan single baharu bersama Liza Hanim iaitu Bahagiakan Dia.

Pelbagai kisah kejayaan Shila diungkit termasuklah kisah anak kepada penyanyi veteran ND Lala itu yang dikatakan mempunyai aset kekayaan berjumlah RM2OO juta.

Dkwaan ada harta RM2OO juta

Sebut saja nama Shila Amzah, penyanyi itu bukan saja dikenali di Malaysia malah turut mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Bahkan semakan di portal informasi Wikipedia turut menyatakan penyanyi yang pernah popular di China itu dilaporkan bernilai lebih USD$ 50 Juta (MYR RM2OO juta) pada 2016.

” Shila dikenali sebagai seorang penyanyi-penulis lagu yang menggerunkan dan berjaya dan terkenal di pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Australia, Taiwan, dan Malaysia.

” Beliau juga dilaporkan bernilai lebih daripada USD$ 50 Juta (MYR 2OO Juta) pada 2016 bagi membolehkan beliau dinamakan sebagai salah satu daripada jutawan dalam industri hiburan.

” Sebagai salah seorang artis yang paling prolifik di Malaysia, beliau dikatakan dibayar MYR 25,000 untuk 30 minit persembahan pada tahun 2012..” tulis Wikipedia.

“Ishh mustahillah” – jawab Shila

Menerusi Insta Story pada Julai lalu, Shila menjawab soalan daripada pengikutnya yang bertanyakan mengenai dakwaan nilai kekayaannya mencecah US$50 juta atau lebih RM222 juta.

” Betul ke Sha, anda punya net worth (nilai kekayaan) berjumlah AS$50 juta?” tulis pengikutnya.

Menjawab persoalan individu itu, Shila menafikan dakwaan tersebut dengan menjawab;

” Ish, mustahillah (tertawa sambil menyertakan emoji muka dengan air mata kegembiraan).” jawab Shila.

Sebelum ini nilai kekayaan itu pernah dikongsi dan dicatatkan menerusi laman web Celebrity Net Worth pada tahun 2016.

Pada 2012, Shila pernah memenangi tempat pertama pertandingan nyanyian, Asian Wave yang berlangsung di Shanghai, China dengan hadiah kemenangan berjumlah RM2.5juta.

Pada waktu kemuncak kariernya sebagai penyanyi, dikatakan Shila dibayar RM25,000 untuk 30 minit persembahan.

Laporan pendapatan RM2.5 juta setahun mengarut, kata Shila

Sementara itu, pada 2014, Shila Amzah menyifatkan laporan sebuah akhbar pada tahun itu kononnya dia memperoleh pendapatan sebanyak RM2.5 juta setahun adalah mengarut.

Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 24, berkata, dia terkejut dikatakan sebagai jutawan muda sedangkan dia masih lagi bekerja keras untuk mengumpul wang membeli aset seperti rumah dan kereta.

” Terkejut juga apabila keluar berita seperti itu. Entah daripada mana sumber-sumber yang mereka peroleh mengesahkan saya seorang jutawan pun saya tidak tahu.

” Mungkin pihak yang membuat laporan tersebut salah faham.

Bukan dapat RM5 juta ‘sejelepuk’!

” Memang benar selepas menang sebagai juara pada pertandingan Asian Wave di China tahun lalu, saya mendapat dana sebanyak RM5 juta untuk mengembangkan karier nyanyian dia negara itu.

” Bukannya dapat RM5 juta secara tunai sekali gus tetapi ia termasuk nilai kontrak dan perkara-perkara lain. Wah, kalau macam itu, seronoklah saya kalau dapat wang tunai RM5 juta,” katanya kepada mStar0nline.

Tambah Shila lagi, laporan seperti itu membuatkan dia turut risau kerana keselamatannya mungkin boleh diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jawapan Shila lepas ramai persoal dia sertai GV9

Dalam pada itu, Shila sejujurnya tidak kisah jika penglibatannya dalam Gegar Vaganza 9 dihakimi oleh ntizen. Kongsi pelantun lagu Patah Seribu itu, dia lebih rela dikritik tentang berdasarkan karyanya berbanding soal peribadi.

” Sejujurnya, dalam kehidupan seharian saya sebagai anak seni, apa-apa yang kita buat akan dihakimi oleh khalayak.

” Saya lebih rela dihakimi dengan karya saya atau apa-apa yang saya akan buat di atas pentas GV berbanding dengan kisah peribadi.

” Bagi saya, krit1kan seperti ini yang mungkin akan menjadikan saya sebagai seorang penghibur menjadi lebih baik. Sebab pada akhirnya, kita semua masih lagi belajar dan menimba ilmu.

” Kita tak pernah berhenti daripada berbuat itu,” katanya kepada Gempak.

Shila ditemui pada sidang media Gegar Vaganza 9 yang diadakan di Menara Kuala Lumpur semalam.

Sementara itu, Shila berkata, anugerah yang diberikan oleh Allah SWT itu berbeza-beza kepada setiap umatnya.

” Saya sentiasa ingatkan diri saya bahawa anugerah yang Allah beri kepada kita berbeza-beza. Saya kena sentiasa ingatkan diri yang kita kena fokus pada ‘pinggan’ masing-masing.

” Apa yang Allah dah berikan pada kita, pinggan kita, lauk kita itu, kita guna sehabis baik,” katanya lagi.

Selain Shila, 12 peserta lain yang turut serta dalam GV9 adalah Jaclyn Victor, Bob Yusof, Tomok, Asheed Def Gab C, Dina Nadzir, Haida, Pat Candy, Roy Kapilla, Tom, Hazrul Nizam dan Fuad Rahman dari Singapura serta peserta berkumpulan, VE.

Sumber:rotikaya dan wikipedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*