Annuar Musa Datang Komen Selepas Shahrol Shiro Up Status, ‘Buka IG Ternampak Post Jasmin Hamid’

Sejak arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, ramai yang terkesan terutamanya melibatkan mereka yang berada dalam industri seni tempatan.

Mereka yang terlibat dengan industri seni sangat terkesan apabila pendapatan semakin berkurangan termasuklah melibatkan golongan selebriti yang mula menginjak ke dunia perniagaan untuk meneruskan kehidupan.

Tak kurang juga yang dilaporkan begitu ‘tenat’ apabila pelbagai bayaran tertunggak dan sampai berhutang sana sini demi kelansungan hidup.

Sehubungan dengan itu, pelawak dan pelakon Shahrol Shiro memuat naik status di Instagram merayu kepada pihak kerajaan agar ‘memandang’ kepada pekerja industi seni kreatif.

” Kami nak kerja balik. Mohon pertimbangkan semula pembukaan sektor seni kreatif” ini adalah luahan DOP lama dalam industri abang Remy dalam perbualan telefon.

Ternampak posting luahan Jasmin Hamid

” Bukak Instagram terus ternampak posting akak Jasmin Hamid tentang sahabat-sahabat dalam industri yang semakin tenat. Ya, sebenarnya bukan sektor industri ini sahaja yang terkesan akibat pndemik ini tetapi banyak sektor lagi.

” Cadangan saya agar pihak KKMM kaji dan perhalusi semula sop buat industri ini.

” Buka kembali sektor ini kepada mereka yang telah lengkap mengambil vaksin dan wujudkan satu team yang menjaga sop didalam team production itu sendiri yang telah mendapat latihan dari KKM supaya mereka dapat memantau dan sop dapat diikut sewaktu penggambaran dilaksanakan.

” Jika melibatkan penambahan costing pihak kementerian boleh berbincang dengan pihak stesen tv untuk menaikkan sedikit pembayaran kepada pihak production.

Shahrol yang juga kini bergiat dalam bidang politik menerusi pemuda UMNO Kluang turut ‘memetik’ nama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa agar segera membantu golongan industri hiburan.

” Harap cadangan ini membantu atau ada mekanisma lain boleh dilaksana agar meringankan beban bukan sahaja artis tetapi mereka yang bekerja dibelakang tabir.

” Semoga Tan Sri Annuar Musa selaku menteri KKMM dapat pertimbangkan cadangan dan buat sebuah keputusan yang memberi manfaat buat semua. Kepada Allah swt kita berserah..” tulis Shahrol.

Annuar Musa datang komen

Perkongsian dan luahan Shahrol Shiro itu telah meraih perhatian terutama rakan-rakan artis yang turut sama terkesan dan merayu kepada pihak kerajaan agar membenarkan sektor industri seni hiburan dibuka semula.

” Persembahan ataupun job untuk penyanyi dah 2 tahun tak ada bang, rasanya lagi lama dari industri kreatif yang lain… ramai jugak yang terkesan.. tapi macam orang tak peduli pun…” tulis Ezad Lazim.

Namun paling tidak disangka adalah, rayuan Shahrol Shiro seakan mendapat perhatian pihak kerajaan apabila Tan Sri Annuar Musa tampil di ruangan komen

Menurut Annuar Musa, perkara yang Shahrol suarakan itu telah pun dibangkitkan dan berita baik bakal diumum.

” Kelonggaran SOP bagi industri kreatif telah saya bawa ke Majlis Keselamatan Negara(MKN) semalam. InsyaAllah kerajaan akan umum sesuatu dalam masa terdekat” tulis Annuar Musa.

Ternyata komen ringkas Annuar Musa itu menggembirakan Shahrol dan rakan-rakan artis lain.

” Alhamdulillah TS..terima kasih atas keprihatinan buat semua penggiat industri seni dan semoga ada sinar buat mereka. Terima kasih Tan Sri,” balas Shahrol.

” Aamin Ya Rabbal Alamin terima kasih Tan Sri atas keprihatinan buat kami penggiat seni, terima kasih jgk buat sahabat-sahabat yang lain,” tulis pelakon Didie Alias.

Memetik laporan arikel Suara Merdeka pula, Annuar pada semalam juga ada menyatakan bahawa kelonggaran untuk industri kreatif akan dibentang ke MKN untuk dipertimbangkan segera.

” Para pendukung industri kreatif sudah begitu lama terkesan dengan PKP.

” Tiba masanya kita bentang ke MKN untuk segera pertimbangkan kelonggaran dgn SOP tertentu,khasnya bagi mereka yg sudah di beri dua suntikan vaksinasi.Semoga ada berita baik buat mereka tidak lama lagi,” katanya.

Malah, Annuar turut memberitahu yang akan ada berita gembira melibatkan semua penggiat seni dan industri kreatif dan sebarang perincian akan dimaklumkan selepas pengumuman dibuat.

Sumber:IG Shahrol Shiro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*