Baru Je Dua Bulan Kahwin, Tak Sangka Ini Terjadi Kepada Shahir Zawawi, ‘Saya Reda Saja Sekarang’

Pada 2 September lalu, juara musim kelapan program realiti, Akademi Fantasia (AF8), Shahir Zawawi, 34, selamat diijabkabulkan dengan Jaskin Jaludin, 30, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Jaludin Nongche dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Muhammad Hakimi Mustapai.

Pada majlis itu, Shahir menyerahkan mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM20,000.

Pengantin perempuan memberi lima dulang hantaran dibalas tujuh dulang oleh pengantin lelaki.

Sebelum ini Shahir pernah digosip menjalinkan hubungan cinta dengan aktres jelita, Erra Fazira, biarpun kedua-dua pihak menafikannya.

Pernikahan Shahir akhirnya melenyapkan spekulasi status hubungan dengan Erra yang kini masih berstatus ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Shahir yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan bersyukur atas kelancaran majlis akad nikah yang turut disaksikan keluarga dan kenalan kedua-dua pihak.

” Alhamdulillah, syukur segala-galanya lancar. Terima kasih kepada semua pihak terbabit.

” Sebelum bernikah ada rasa gementar, tetapi selepas semuanya selesai, saya lega. Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” katanya.

Majlis akad nikah itu dihadiri oleh 300 tetamu.

Shahir bertunang dengan Jaskin yang juga pemilik butik yang berasal dari Tawau, Sabah, pada 16 Julai lalu selepas berkenalan melalui Instagram (IG), Aidilfitri lalu.

Selepas 2 bulan kahwin, ini terjadi pada Shahir

Sementara itu, terbaru, penyanyi Shahir Zawawi, 34, mengakui bahagia selepas berkahwin, ia boleh dilihat menerusi fizikal yang lebih berisi.

Penyanyi lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu tanpa segan berkongsi, berat badannya menaik selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Jaskin Jaludin, 30.

” Selepas kahwin saya semakin berisi. Alhamdulillah, semuanya lebih teratur dan pemakanan juga terjaga.

” Kalau nak tanya berapa banyak badan naik, anda tengok sudah tahu. Isteri saya memang pandai memasak.

” Masa bujang saya boleh kawal pemakanan, tetapi sekarang, bila isteri masak takkan saya tak nak makan,” katanya kepada BH Online.

Diajukan persoalan adakah risau berat badannya naik, juara program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim kelapan itu berkata, dia menerima penampilan baharu dengan sikap terbuka.

” Dahulu, saya tidak suka keluar dalam media sosial apabila badan saya berisi. Tetapi, sekarang saya amalkan konsep reda apabila bersama ustaz.

” Jadi, saya reda sahaja berat badan sekarang. Yang penting, saya sihat,” katanya.

Dicuit mengenai cahaya mata, Shahir berkata, dia menyerahkannya pada rezeki Allah.

” Semuanya bergantung kepada rezeki. Saya tidak merancang sama ada nak ada anak atau menangguhkannya. Jika rezeki cepat, Alhamdulillah.

” Kita berdoa mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki. Tetapi buat masa ini, belum lagi.

” Saya nampak seperti mengandung, tetapi tidak,” katanya sambil berseloroh.

Shahir ditemui selepas menjayakan Konsert Nasyid Legenda di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Shahir akan menjadikan rakaman majlis perkahwinan sebagai video muzik single baharu berjudul Halal yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Terdahulu, Shahir selamat diijabkabulkan dengan Jaskin dengan sekali lafaz di sebuah premis perkahwinan di One City, Subang Jaya pada 2 September lalu.

Shahir mengikat tali pertunangan dengan wanita kelahiran Tawau, Sabah itu pada 16 Julai lalu selepas mengenalinya menerusi Instagram (IG) pada Aidilfitri lalu.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*