Respon Balas Iqbal Selepas Wanita Ini Dgn Berani Cakap, ‘IqbaI Hensem Sangat Awak Ni, Jom Kahwin’

Jika diimbas semula, hari ini genap sebulan sejak kisah percintaan usahawan Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi bualan hangat.

Boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja kisah mengenai mereka termasuk cerita berkenaan hbungan yang tidak direstui anak-anak sehingga ramai beranggapan Vida dan Iqbal tidak lebih sekadar melakukan gimik ‘marketing’.

Kemuncaknya juga apabila Iqbal melamar Vida untuk dijadikan isteri dan memaklumkan mereka bakal berkahwin pada awal tahun hadapan.

Namun anehnya, Iqbal tiba-tiba tampil memohon maaf atas kisah yang berlarutan dan mengambil keputusan agar tidak lagi meletakkan harapan untuk berkahwin dengan Vida yang dikatakan enggan menuju ke fasa berumah tangga.

Sejak itu juga ramai menasihati Iqbal agar mencari seseorang yang sebaya beliau sekiranya beliau serius mahu berkahwin.

Malah jika diperhatikan menerusi ruangan komen di Instagram beliau, tidak dinafikan Iqbal mempunyai ramai peminat wanita dan tanpa segan silu sedia menerima Iqbal sebagai suami.

Terbaru, seorang wanita tampil diruangan komen dan dengan beraninya mengajak Iqbal berkahwin.

” Iqbal handsome sangat awak nie, jom kahwin..” tulis wanita terbabit yang menggunakan profil bernama Zureen disusuli dengan emoticon tanda hati.

Apa yang menariknya, komen wanita itu telah mendapat respon balas dari Iqbal.

” Bila?” jawab Iqbal ringkas yang seakan bersetuju.

Namun rata-rata percaya Iqbal cumalah berseloroh dengan wanita tersebut.

Menerusi ruangan komen sama, beberapa individu lain dilihat menulis komen yang berbentuk prov.0kasi terhadap Iqbal susulan responnya kepada wanita itu.

” Iqbal minat yang (wanita) tembam2 ke?” tulis seorang individu.

Bagaimanapun pertanyaan itu telah dijawab oleh Iqbal, “Ya. Macam mana tahu?”

Siapa Iqbal?

Siapa Ahmad Iqbal Zulkefli? Pemuda kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini merupakan seorang graduan Penulisan Kreatif di ASWARA dan berpengalaman sebagai pembantu peribadi kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida selama empat tahun.

Beliau menjadi bualan hangat di kalangan warganet selepas mendakwa hubungannya dengan Vida pernah melalui fasa percintaan hingga hampir mendirikan rumah tangga, beberapa tahun lalu.

Kenali biodata dan profil Iqbal

Nama penuh: Ahmad Iqbal Zulkefli
Nama panggilan: Iba, Iqbal
Umur: 27 tahun (2021)
Tarikh lahir: 12 September 1994

Tempat lahir: Pasir Mas, Kelantan
Pendidikan: Maahad Muhammadi Pasir Mas, Kelantan (Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia)
Kelulusan: Diploma dalam jurusan Penulisan Kreatif di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak ketiga daripada lapan orang adik beradik
Instagram (IG): @ahmadiqbalzulkefli

Iqbal pernah menjalin kerjasama dengan lebih 15 buah syarikat sebelum bekerja sebagai pembantu peribadi Vida. Dakwanya, sebelum tamat belajar dia ditawarkan dengan lima peluang pekerjaan dengan gaji berjumlah RM5000 ke atas!

Mula berkenalan dengan Vida selepas merangkul kemenangan dalam pertandingan video kreatif anjuran usahawan itu. Dia kemudian ditawarkan jawatan sebagai Pembantu Peribadi dan Pegawai Media kepada Vida.

Kelibatnya mula sampai ke mata awam selepas gambar-gambarnya di sisi Vida menjadi tular di alam maya.

Empat tahun bergelar pembantu peribadi kepada usahawan sensasi itu, Iqbal kini aktif menjadi ahli perniagaan yang mengemudikan syarikat IBA Revolution Sdn Bhd.

Memulakan bisnes sendiri dengan bermodalkan RM500, Iqbal dikenali menerusi penghasilan dua jenama produk iaitu Iba Skin Care dan Iba Perfumes.

Sisi lain, Iqbal berhasrat melihat potensinya dalam dunia perfileman menyinar menerusi kerjaya sebagai seorang pengarah, jika mendapat peluang suatu hari nanti.

Di waktu lapang, dia mempunyai hobi yang berkaitan dengan gajet, media dan teknologi, selain gemar membaca dan bermain dengan kucing serta kanak-kanak.

Sumber: IG Iqbal dan iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*