‘Vksin ke Tak Vksin Ke, Saya Tetap Tak Bleh Berlakon Kerana Akn Brlepas ke Amerika Sabtu Ini’ – Lana Nordin

” Vksin ke tak vksin ke saya tetap tak boleh berlakon kerana akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) Sabtu ini”.

Itu respons ringkas pelakon sensasi Lana Nodin susulan tidak akan dibenarkan untuk memasuki set penggambaran drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard kerana belum menerima sebarang vksin COVlD-I9.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, sebenarnya wujud salah faham yang akhirnya mengelirukan ntizen.

” Sebenarnya pihak produksi nak sambung lagi 13 episod bagi musim terbaharu selepas sudah diberi kebenaran melakukan penggambaran.

” Awal-awal lagi mereka sudah tanya dan berbincang dengan saya mengenai perkara itu, tetapi saya memang tak dapat nak sertai disebabkan akan balik ke negara suami hujung minggu ini.

” Bukan sebab saya belum vksin. Jadi saya memang terpaksa tolak tawaran tersebut dan mereka kini sedang mencari pelakon lain yang sesuai bagi menggantikan watak antagonis yang saya bawakan sebelum ini,” katanya.

Menjawab persoalan ramai mengenai dirinya yang bersikap anti vksin, Lana menegaskan dia bukan seperti itu dan tetap akan mengambilnya tidak lama lagi.

” Saya bukan tak nak ambil, tetapi anak saya ada masalah kesihatan, dia sak1t j4ntung sejak lahir. Saya pula masih menyusukan dia sampai November nanti.

” Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin menolak vksin. Ny4wa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni,” ujarnya.

Tambah pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia tetap akan mengambil vksin tetapi bukan di Malaysia dan tidak dalam masa terdekat ini.

” Saya akan ambil di AS nanti bersama suami. Tunggulah mungkin awal tahun depan ke.

” Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klinikaI.

” Saya ada sebab tersendiri kenapa tak nak ambil vksin ketika ini. Itu hak peribadi dan hak asasi saya sebagai rakyat. Tiada siapa boleh paksa,” katanya.

Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut netizen dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dia turut ditudvh sebagai anti vksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vksin COVlD tersebut.

Pelakon yang popular dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia sebelum itu turut menggesa Dr. Noor Hisham agar berundur daripada mengepalai institusi kesihatan negara.

Bahkan, disebabkan isu vksin juga, timbul pertelingkahan antara dirinya dengan pengarah popular, Michael Ang apabila masing-masing saling meny1ndir dan ‘mengutvk’ menerusi Instagram.

Bagaimanapun Lana menafikan dirinya termasuk dalam golongan individu antiv4ksin COVlD-I9 sebaliknya mempunya alasan yang kukuh untuk tidak mengambil vksin.

” Saya lebih kepada prosafe (ambil langkah berjaga-jaga). Prosafe ialah orang yang menunggu vksin itu betul-betul selamat untuk digunakan..

” Suami saya seorang atlet dan dia lebih arif tentang ubat-ubatan termasuk penggunaan vksin. Kalau ikutkan, kelulusan sesuatu vksin mengambil masa sehingga 10 tahun untuk jaminan betul-betul selamat digunakan. Itu fakta.

” Tetapi netizen tidak faham. Apa yang mereka tahu, lepas sunt1k vksin dapat bebas pergi pusat beli-belah, dapat rentas negeri dan dapat jalan-jalan.

” Lagi pun anak bongsu saya masih menyusu badan. Jadi saya kena berhati-hati kerana apa yang saya ambil, anak saya pun akan dapat.

” Jadi tidak perlulah untuk melabelkan saya sebagai antiv4ksin kerana tuduhan itu tidak benar.” kata Lana bulan lalu.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*