Raja Muda Perlis Mula Bertitah Lepas Ramai Yg Tak Pergi SoIat Jumaat Wlupun Msjid Dah Dibuka Spenuhnya

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan seluruh umat Islam yang melengkapi syarat kewajiban solat Jumaat di negeri ini melaksanakan kewajiban tersebut dan tidak mengabaikannya.

Baginda bertitah, sejak masjid kembali dibuka selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan COVlD-I9, didapati terdapat tren menurun daripada segi kehadiran umat Islam menunaikan solat Jumaat di negeri ini.

Seterusnya, Tuanku Syed Faizuddin menyeru masyarakat tidak memandang ringan dalam menunaikan solat Jumaat kerana ia adalah satu kewajiban.

” Solat Jumaat perlu ditunaikan melainkan bagi mereka yang uzur atau yang terhalang daripada hadir atas dasar maslahah untuk mengelakkan mudarat bagi membndung jngkitan dan penularan wab4k pnyakit,” titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian selepas berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Kauthar Paya baru-baru ini.

Hadir menyambut keberangkatan baginda, Exco kerajaan negeri, Azizan Sulaiman dan pemangku Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri, Muhammad Hafeez Abu Seman.

Solat Jumaat tersebut adalah terakhir di bangunan masjid yang telah beroperasi sejak tahun 1966 itu.

Masjid itu akan dirobohkan bagi tujuan pembinaan semula bangunan baharu dalam masa terdekat ini.

Sehubungan itu, masjid tersebut akan ditutup mulai 9 Oktober untuk diserahkan kepada kontraktor projek sejurus selepas proses pemilihan tender diumumkan.

Cadangan menaik taraf Masjid Al-Kauthar itu telah bermula sejak Mei 2016 selepas Tuanku Syed Faizuddin berkenan melancarkan tabung kutipan dana yang kini mencecah hampir RM1 juta.

Manakala, kerajaan negeri pula memperuntukkan sebanyak RM3.2 juta untuk tujuan pembinaan masjid baharu itu.

Dalam tempoh dua tahun sehingga siap masjid baharu itu, semua anak kariah boleh mengimarahkan surau Paya bagi mengerjakan solat fardhu dan kelas agama.

Pada masa yang sama, usaha bagi membesarkan surau itu juga sedang dalam perancangan untuk dilaksanakan.

Pada 19 September lalu, Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya mulai Rabu (22 Sept) dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hanya anak kariah yang telah melengkapkan vksin COVlD-I9 akan dibenarkan hadir ke masjid.

” Maksud vksin lengkap adalah selepas 14 hari dari tarikh menerima svntikan dos kedua bagi vksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac.

” Bagi vksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino adalah selepas hari ke 28 dari tarikh svntikan dos kedua,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah, sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, surau atau tempat solat umun lain masih ditutup melainkan mendapat kebenaran khas MAIPs atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Baginda bertitah individu yang terlibat dengan aktiviti rentas sempadan tidak dibenarkan hadir ke masjid dalam tempoh dua minggu dari tarikh terakhir melakukan aktiviti itu dan semua jemaah yang hadir di masjid perlu mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

” Selain solat fardu dan solat Jumaat, aktiviti lain yang turut dibenarkan adalah solat jnzah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan jamuan makan dengan cara mengedar makanan yang siap dibungkus,” titah baginda.

Sumber:utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*