Sajad Lari ke Australia Bukan Nak Kerja Sebagai Pengutip Buah. Tapi Sajad Akan Lakukan Pekerjaan Ini

” Saya rasa tidak bebas kat Malaysia, jadi saya cari kebebasan di sini..”

Itu kata-kata usahawan kosmetik kntroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajad yang mendkwa dia sudah menjadi penduduk tetap (PR) negara Australia dan bukan lagi berstatus peIarian.

Sajad berkata, orang ramai tidak perlu lagi melabelkannya sebagai peIarian.

” Tak perlu anda semua (orang ramai) kata saya jadi refugee (peIarian). Saya bukan refugee tetapi permanent resident (PR) negara ini.

” Sekarang pukul 7.04 malam kat sini, saya kat Canterbury, Sydney dan happy sangat.

” Kalau tidak sudah lama saya diekstradisi ke Malaysia, disebabkan saya perempuan ‘full’ mereka hantar saya ke sini,” ujarnya melalui Facebook Livenya hari ini.

Bukan kerja kutip buah seperti yang ntizen ‘usik’.. Sajad rancang nak buat perniagaan dengan buka kedai emas

Ketika menjawab pertanyaan orang ramai, beliau turut mengaku ke negara itu bukan akibat dibuang negara (Malaysia) sebaliknya mahu mencari ketenangan.

” Saya bukan kena buang negara tetapi sebab saya rasa tidak bebas kat Malaysia, jadi saya cari kebebasan di sini.

” Buat masa sekarang saya tak nak balik ke Malaysia, sekarang saya rancang nak buat perniagaan dengan buka kedai emas di sini,” ujarnya.

Pada 9 September lalu, Sajad did4kwa di mahkamh Thailand atas ksIahan berkaitan Imigresen di negara berkenaan dan dibebaskan sehari kemudian dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat oleh seorang warga tempatan.

Polis Diraja Malaysia kemudian membuat permohonan kepada pihak berkuasa Thailand bagi membolehkan Sajad dibawa pulang ke negara ini untuk membantu s1asatan dan perbicaraan kes mahkamh.

Mahkamh Tinggi Syariah Shah Alam pada 23 Februari lalu mengeluarkan w4ran tngkap terhadap Nur Sajad kerana gagal hadir pada prosiding kes berpkaian wnita tiga tahun lalu.

Terdahulu, dalam perkongsian yang dibuat secara langsung di media sosialnya, Nur Sajad berkata, dia bukanlah meIarikan diri sebaliknya hanya berhijrah.

” Kita tak Iari, kita berhijrahlah. Tak baik kata kita Iari you all (anda semua) yang kata kita Iari tak boleh terima hakikatkan,” katanya menerusi sesi live di Instagam.

Sementara itu, Nur Sajad juga menegaskan dia dalam perancangan untuk membuka perniagaan di negara berkenaan.

” Selama ni kita senyap sebab kita nak buka kedai baru dekat lokasi baru. Alhamdulillah dapat support yang banyak,” katanya.

Dalam pada itu pada sesi live berkenaan Sajad turut menjawab pertanyaan para pengikutnya tentang status dia sebagai warganegara Malaysia.

” Kita dah crai dah, dah crai dah, dah taI4k tiga dah.

” Maaflah kita dah tak boleh bersatu kembali,” katanya.

Selain itu Sajad turut meminta orang ramai agar tidak menghakiminya dengan pelbagai andaian berhubung isu agama yang dianggap sangat sens1tif.

” Kalau saya masih Islam biar la saya dengan cara Islam saya… awak dengan Islam awak.

” Tak perlu la awak nak judge saya, kita respect each other. Sebab sekarang ni pun kalau awak nak kata apa-apa pun tak guna sebab saya dengan cara Islam saya.

” Tak perlu la kata saya berd0sa ke… terima kasih saya sangat hargai nasihat anda semua.

” Saya sangat happy sekarang, saya boleh jadi diri sendiri, boleh tenang tak ada gngguan. Saya hanya nak fokus perniagaan. Saya boleh pakai apa saja dekat sini, saya tak gnggu siapa-siapa pun.

” Pasal saya punya jant1na, dekat sini jant1na saya wnita, dorang dah check semua head to toe, saya tak perlu ragu-ragu dah,” katanya.

Mengulas mengenai pertanyaan netizen mengenai kesnya apabila dia perlu ‘menyeIudup’ masuk ke negara jiran untuk meIarikan diri, Sajad berkata apa yang terjadi tidaklah seperti yang disangka.

Sumber:hmetr0 dan k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*