Rosyam Nor Dengan Spontan Bertanya Kepada Haris, ‘Dah Ada Bunga-Bunga Nak Ada Anak Ke..’

” Bunga-bunga (anak), Insya-Allah ada, doakan yang terbaik.”

Itu jawapan ringkas suami selebriti popular Neelofa iaitu Haris Ismail apabila diasak soalan berkaitan kehamiIan isterinya oleh aktor terkenal, Datuk Rosyam Nor dalam satu temu bual siaran langsung, Sembang Viral malam ini.

Temu bual yang membicarakan tajuk mengenai hijab dan hijrah mencuri perhatian umum apabila Rosyam bertanyakan soalan adakah Haris dan Neelofa bakal menimang cahaya mata.

” Dah ada bunga-bunga nak ada anak ke?” soal Rosyam kepada Haris secara spontan.

Tidak menafikan atau mengesahkan pertanyaan tersebut, bekas peserta program Pencetus Ummah itu hanya memohon orang ramai mendoakaan dirinya dan isteri.

” Kita mencuba. Bunga-bunga Insya-Allah ada, doa-doakanlah yang terbaik,” jawab Haris ringkas.

Walaupun tiada pengesahan, rata-rata penonton siaran langsung tersebut teruja dengan jawapan Haris sekaligus ruangan komen dibanjiri dengan ucapan tahniah dan doa buat Neelofa.

Sebelum ini, khabar angin mengenai bekas pengacara MeleTOP berkenaan sedang hamiI bertiup kencang selepas terdapat dakwaan ‘baby bumpnya’ mula kelihatan dalam beberapa foto yang dikongsi.

Sehingga kini, Neelofa mahupun Haris masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dkwaan ramai tersebut.

Neelofa disangka hamiI kerana kelihatan semakin berisi

Sebelum ini, bukanlah kali pertama ntizen berteka-teki tentang status kehamiIan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.

Julai lalu, pengikutnya dalam Instagram sekali lagi meneka bahawa Neelofa sedang hamiI anak sulung apabila bentuk badannya kelihatan lebih ber1si menerusi sebuah video promosi yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Dalam video berdurasi selama hampir empat minit itu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, itu seperti membiarkan videonya berbicara apabila menjadi tumpuan mata ntizen ‘taj4m’ memperhatikan bentuk badannya yang kelihatan agak berisi termasuk pada bahagian pervtnya walaupun Neelofa memakai jubah potongan longgar.

Perubahan fizikal itu sekali gus menguatkan lagi andaian peminat bahawa selebriti kesayangan mereka itu kini sedang berbadan dua.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengikutnya menitipkan ucapan tahniah walaupun tidak pasti sama ada bekas pengacara rancangan MeIeTOP itu sedang hamiI atau tidak.

” Tahniah Lofa dan Haris. Jaga kandungan baik-baik. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata seorang pengikutnya dalam Instagram.

” HamiI ke Neelofa? Nampak lain bentuk badan walaupun baju itu besar. Nampak sangat (jelas),” komen seorang lagi pengguna Instagram.

Sebelum ini, Neelofa atau mesra disapa Lofa pernah beberapa kali di duga sedang hamiI oleh peminatnya selepas dilihat kerap memegang dan mengusap pervtnya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram baru-baru ini.

Paling ketara, isteri kepada pendkwah bebas, Haris Ismail itu dilihat memegang dan mengusap pervtnya berulang kali kerap duduk kerana dipercayai keletihan kerana berdiri.

Selain itu, Neelofa juga pernah disangkakan hamiI selepas ntizen mendkwa melihat bentuk ‘baby bump’ pada sekeping foto yang dimuat naiknya dalam Instagram.

Sekadar info, Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan sucinya bersama pengacara Next To Neelofa itu.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*