Alhamdulillah Berita Paling Ditunggu. PM Akhirnya Umum Khabar Gembira Buat Seluruh Warga Kota

” Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.

” Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke Fasa 2..”

Itu perkongsian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Instagram beliau yang menarik perhatian ramai.

Lembah Klang akan beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Jumaat ini.

Ismail ketika mengumumkan perkara itu, berkata keputusan peralihan membabitkan kawasan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, hari ini.

Menurut beliau, antara kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri yang memasuki fasa dua sebelum ini, seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Justeru, katanya, rentas daerah dibenarkan kepada individu yang lengkap dos vksin, manakala pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap div4ksin juga dibenarkan untuk merentas negeri.

” Ibu bapa yang mendapat perlindungan lengkap dos vksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia bawah 18 tahun.

” Dine-in atau makan di kedai dibenarkan di premis untuk pelanggan yang lengkap dos vksin dan aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama membabitkan penginapan di hotel dan ‘homestay’ (inap desa bagi individu yang lengkap dos vksin.

” Jawatankuasa turut memutuskan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama. Maka, pergerakan antara negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.

” Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Memperincikan kelonggaran selanjutnya, Ismail Sabri berkata, jawatankuasa turut bersetuju melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan, riadah dan rekreasi untuk negeri yang berada di bawah Fasa Satu PPN.

Berdasarkan maklumat dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), hanya Kedah dan Johor ketika ini masih dikategorikan sebagai negeri Fasa Satu.

” Antara ketetapan yang diputuskan jawatankuasa ialah membenarkan aktiviti sukan ‘indoor’ (kawasan tertutup), kecuali gimnasium, kepada individu yang lengkap dos vksin.

” Selain itu, kemudahan sukan dan rekreasi komersil tertutup dibenarkan beroperasi dengan kawal selia, hanya kepada pelanggan yang lengkap div4ksin.

” Penggunaan kemudahan ini perlu dilakukan secara janji temu disamping pematuhan SOP.

” Keputusan ini dibuat berdasarkan penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta MKN dan akan berkuatkuasa Jumaat ini,” katanya.

Menyentuh kelonggaran lain, Ismail Sabri berkata, sektor perdagangan dan pengedaran, perniagaan kedai bunga, kedai peralatan aktiviti luar (outdoor) dan galeri perumahan akan mula dibenarkan beroperasi mulai Jumaat ini bagi negeri fasa satu PPN.

Sementara itu, katanya, kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, pendandan rambut dan salon kecantikan dibenarkan untuk negeri yang dikategorikan dalam Fasa Dua dan Tiga PPN.

” Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN dan kementerian berkaitan. Amalkan kawalan kendiri serta gaya hidup sihat,” katanya.

Sumber:bharian

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*