Pngakuan Mngejutkan Shiera Selepas Adiknya Beri Bayangan Dh Bercerai, ‘Onar Apa Pulak Dia Buat Kali Ni’

PeIakon, Sharifah Sakinah memberi bayangan rumh tngga dibina bersama jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen sudah berakhir.

Kpsyen dimuat naik Sakinah dalam Instagram mencetuskan tanda-tanya.

” Kami mempunyai pendapat, sistem kepercayaan, perspektif dan ideologi berbeza.

” Disebabkan itu, kami tidak lagi mampu menjadi pasangan. Tamat,” tulis pemilik nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired itu.

Mengiringi keterangan gambar adalah foto Sakinah bersama suami yang juga jurulatih kecergasan. Sakinah juga dilihat menutup ruangan komen pada hantaran berkenaan.

Sementara itu, menerusi mesej suara yang dikirimkan kepada BH Online, Sakinah mohon maaf tidak dapat menjawab panggilan untuk memberi penjelasan berhubung perkongsiannya itu.

” Hari ini, saya sibuk kerana ada sesi fotografi diikuti penggambaran drama Kampung People 3. Ramai media menghubungi saya, tetapi saya tak dapat menjawabnya. Saya minta maaf,” katanya.

Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael Hansen.

Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan butiran pernikahan.

Ini respon kakak Sakinah, Shiera

Sementara itu, Sharifah Sakinah meminta ahli keluarga tidak mencampuri urusan rumh tngganya selepas memberi bayangan perkahwinan dengan jejaka berasal dari Sweden iaitu Miachael Hensen sedang dilanda msaIah.

Jawapan itu diberikan kepada kakaknya, Sharifah Shahirah ketika penyampai radio Suria FM itu menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian berhubung kenyataan dibuat aktres itu di Instagram miliknya pada malam Khamis.

Shahirah atau Shiera berkata, dia sendiri tidak mengetahui tentang situasi sebenar rumah tangga Sakinah dan hanya mengetahui tentang status dibuat adiknya itu selepas dimaklumkan oleh salah seorang anaknya.

Onar apa pula yang dibuatnya kali ini…

” Saya memang tak tengok posting dia di Instagram, saya dapat tahu pun apabila anak tunjuk pada saya dan terfikir onar apa pula yang dibuatnya kali ini.

” Saya ada menghubungi Sakinah bagi mendapatkan kepastian tapi dia minta keluarga jangan masuk campur.

” Sakinah cuma cakap, what happened in the net stay in the internet… saya pun tak tahu apa gimik dia kali ini,” katanya kepada mStar.

Menerusi hantaran di Instagram, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, mencetuskan tanda tanya memberitahu dia dan Michael mempunyai banyak perbezaan sehingga membuatkan mereka tidak lagi sesuai menjadi pasangan.

” Kami berbeza pendapat, kepercayaan, prespektif dan ideologi, disebabkan itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat,” katanya.

Dalam pada itu, Shiera berkata, dia bukan individu sesuai untuk memberi sebarang pengesahan berhubung isu rumh tngga adiknya itu sebaliknya meminta Sakinah sendiri meletakkan noktah tentang perkara yang dia mulakan.

Kata Shiera, pihak keluarga juga berada dalam keadaan tenang apabila mendapat perkhabaran tersebut dan membiarkan Sakinah menyelesaikan sendiri semua msaIahnya.

” Keluarga semua pun tenang sahaja dengar spekuIasi terbaharu ini, biarlah orang nak buat spekuIasi apa pun. Ada orang ambil peduli ke?

” Biarlah dia sendiri yang mengesahkan tentang perkara itu dan ia bukan kerja saya,” ujarnya.

Sementara itu, Shiera mengesahkan Sakinah berada di Malaysia dan akan bertemu dengan adiknya itu pada Ahad ini.

Untuk rekod, Sakinah dan Michael, 42, mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga sekitar Februari lalu.

Sebelum ini, Sakinah yang juga adik kepada bekas pelakon Sharifah Haslinda itu pernah mendirikan rumh tngga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berp1sah pada Mei 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5.

Manakala Michael juga mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber:mstar dan hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*