Rafizi Isytihar Harta RM18.85 Juta, Ramai Tanya Mana Datang Duit Banyak2. Ini Jawapan Beliau

Rafizi isytihar harta RM18.85 juta, mana datang duit dia banyak-banyak tu?

Calon Parlimen Pandan, Rafizi Ramli tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Timbalan Presiden PKR itu, berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 untuk berbuat demikian.

Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Sdn Bhd, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya.

Jumlah ini, termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential.

Bagaimanapun jumlah ini sangat sedikit berbanding pelaburan di Invoke.

Jumlah keseluruhan pelaburannya ialah RM16.74 juta.

Selain itu, aset lain diisytihar termasuk, tunai dan simpanan: RM1.17 juta; dua hartanah di Bukit Antarabangsa, Selangor, RM1.6 juta; Kereta Peugeot 3008 dan Honda Accord, RM110,00 dan pendapatan bulanan sebanyak RM23,500.

Pecahan perbelanjaan bulanan juga diperincikan, termasuk ansuran rumah dan kereta, bil-bil utiliti, persekolahan anak, makan minum dan pemberian kepada isteri dan ibu bapa.

” Saya calon Parlimen Pandan (P100) PRU15, mengisytiharkan sudah berumah tangga, mempunyai seorang isteri dan seorang anak berumur sembilan tahun.

” Sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen penggal 2013 hingga 2018, saya tidak pernah menyalahgunakan kuasa mengayakan saya, isteri, anak atau mana-mana ahli keluarga,” katanya dalam kenyataan emel, hari ini.

” Semua anggaran yang terkandung di dalam pengisytiharan ini dibuat dengan usaha terbaik dan berdasarkan dokumen, rekod dan ingatan saya.

” Semua aset yang diberi nilai pasaran terkini adalah berdasarkan anggaran terbaik saya.

Semua butiran itu dinyatakan dalam akuan berkanun (SD) yang salinannya dikongsi bersama media sebentar tadi.

Sementara itu, kata Rafizi, pengisytiharan harta calon-calon lain PKR akan dipaparkan di laman www.calonkeadilan.org bermula petang esok.

Dia juga akan menyentuh perkara itu dalam sidang media kempen pilihan raya umum PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya esok.

” Saya adalah antara ahli parlimen yang pertama yang mengisytiharkan harta secara terperinci (sejak 2016).

” Sekretariat Jabatan Pilihanraya (JPRP) kini sedang mengumpulkan akuan-akuan bersumpah pengisytiharan harta yang akan dipaparkan di laman www.calonkeadilan.org bermula esok, ” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, sebagai Pengarah Pilihanraya, biarlah saya menjadi calon pertama PKR yang mengisytiharkan harta.

” Mohon sebarkan kepada semua kerana saya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan. Kita tunggu pengisytiharan harta calon-calon dari BN dan PN pula selepas ini, ” katanya.

Sumber:bharian dan k0smo

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*