Mujahid Beri Cadangan Berhubung Isu Kouta Msjid Untuk VlP Dan Apa Yg Dia Cakap Masuk Akal Juga

Bkas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mujahid Yusof mencadangkan masjid memberi keutamaan kepada jemaah yang tiba dahulu, berbanding menyediakan ku0ta khas untuk kalangan VlP untuk sembahyang Jumaat.

Menurut Naib Presiden Amanah itu, langkah terbabit perlu dibuat dalam suasana hari ini di mana kapasiti jemaah di masjid adalah terhad.

” Dalam keadaan biasa, tidak akan timbul isu (ku0ta), tetapi dalam keadaan norma baru ini perlu ada semakan kerana pada masa ini jemaah terhad, (maka) ruang perlu diberi kepada mereka yang paling berdisiplin, iaitu datang awal.

” Maknanya kalau sudah penuh (kapasiti), tutuplah. Kalau ada VlP datang lewat, tak dapatlah (sertai sembahyang jemaah).

” Dia juga perlu tunggu giliran. Saya nampak ini (penyelesaiannya) dalam masa sekarang,” katanya kepada Malaysiakini.

Mujahid mengulas rasa tidak puas hati orang ramai terhadap isu yang tular baru-baru ini, membabitkan VlP dan orang awam yang mahu menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya, minggu lalu.

Berdasarkan kepada penjelasan Imam Besar Masjid Putra, Ikmal Zaidi Hashim, pihaknya memang memperuntukkan ku0ta khusus untuk VlP termasuk pegawai kerajaan berpangkat pengarah dan ke atas – sebanyak 10 peratus – setiap kali sembahyang Jumaat.

Bagaimanapun untuk rekod, rasa tidak puas hati itu bukan sekadar melibatkan jumlah jemaah yang dibenarkan hadir tetapi turut melibatkan masa seseorang itu tiba di masjid serta kebenaran yang diberikan untuk VlP terbabit.

Mangulas lanjut,Mujahid yang juga ahli parlimen Parit Buntar menggesa saranannya diguna pakai bagi mengelakkan keadaan kurang selesa di kalangan orang Islam.

” Kalau kita tak berbuat demikian, ia akan jadi isu kerana orang ramai akan pertika1kan mereka datang awal dan beratur tapi tiba-tiba dia ini (VlP) datang lambat boleh masuk.

” Jadi, benda inilah yang menyebabkan keadaan yang kurang selesa ini dan kita pun faham dalam suasana pndemik ini, saya rasa hampir dua tahun kehadiran jemaah terpaksa dihadkan.

” Jadi, itu yang membuatkan mereka marah, malah ada yang dah datang dua kali, empat kali cuba datang solat tapi tak dapat. Tiba-tiba lihat ada (VlP) melintas dan terus dapat masuk, itu satu tanggapan yang kurang baik,” katanya.

Vdeo itu tular di media sosial dengan kebanyakannya mempertikai apa yang disifatkan mereka sebagai layanan berbeza terhadap jemaah.

Masjid Putra kemudian dalam satu kenyataan menjelaskan pihak pengurusan masjid telah memperuntukkan “sejumlah ku0ta” daripada 300 ku0ta yang ditetapkan, untuk “jemaah tetap” yang telah mendaftar lebih awal.

Jelas Masjid Putra, pihak masjid telah menasihatkan jemaah secara baik tentang pagar yang akan ditutup apabila kapasiti telah penuh, namun mereka tetap memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku pada Jumaat lalu.

Sudah mohon maaf

Sementara itu terbaru, Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung vdeo penjelasannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di Masjid Putra, baru-baru ini.

Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi.

Menurutnya, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterlaluan berhubung vdeo tular itu.

” Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

” Saya juga mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak,” katanya.

Sebelum ini, Ikmal memuat naik vdeo bagi memberi penjelasan sebenar berhubung isu tular itu malah, beliau tidak reda dengan penyebaran vdeo berkenaan.

Menerusi rakaman vdeo itu, Ikmal turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari berkenaan. Malah, beliau turut menggesa individu yang menularkan vdeo itu tampil memohon maaf kepada pihak penguruasan masjid.

Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran vdeo tular itu.

Sumber:maIaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*