‘Dia Cuma Spin Kenyataan Dan Nmpak Lg B0d0h’ – Terbaru, Ayat Berapi Amerul Bakal Buat A. Aida Terdiam

” Kenapa pula nak suruh IPT (Institut Pengajian Tinggi) dalam negara tutup kursus lakonan?”

Demikian persoalan yang dibangkitkan semula penerbit terkenal, Datuk A Aida yang ditujukan kepada pelakon, Amerul Affendi.

Kenyataan itu susulan Amerul membuat ciapan di Twitter yang menyindir Aida yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) selepas kenyataannya yang mahukan watak utama atau hero dalam drama terbitan syarikatnya memiliki kriteria kacak, sado dan muda.

Menurut Aida, apa yang diperkatakan itu adalah relevan dan diguna pakai oleh hampir semua penerbit dalam negara termasuk di luar negara.

” Sejak dulu lagi, watak utama iaitu hero dan heroin memang kena ada rupa paras menarik dan muda.

” Begitu juga sekarang. Cuma bezanya, apabila mereka sudah berusia dan bukan lagi remaja, kita kena cari pelapis baharu pula. Begitulah seterusnya.

” Nampaknya ramai yang masih kurang faham. Mereka hanya ambil pendekatan terus mengkritik kenyataan saya. Apa yang dimaksudkan adalah untuk watak utama.

” Itu kriteria yang saya tetapkan, tapi banyak lagi watak lain yang saya tak kisah pun rupa paras, janji berbakat dan pandai berlakon saya akan ambil.

” Sekali lagi ditegaskan, pemilihan watak itu disesuaikan dengan jalan cerita.

” Kalau naskhah itu watak utama memerlukan pelakon yang tiada rupa, takkan saya nak ‘hodohkan’ pelakon yang sedia kacak. Nanti penonton bising juga.

” Jadi, kita buat ikut kehendak skrip itu,” katanya kepada HarianMetro.

Amerul muatnaik status terbaru, cakap A. Aida b0doh?

Sementara itu, terbaru, pelakon Amerul Affendi hari ini dilihat memuat naik status terbaru di Instagram beliau yang menarik perhatian ramai.

Amerul turut berkongsi paparan screenshot perbualan whatsapp antara beliau dengan seorang wartawan yang bertanyakan isu membabitkannya dengan A. Aida.

Antara lain Amerul melabel A. Aida sebagai b#doh kerana cuba memutar belit kenyataan.

” Mohon maaf buat rakan2 wartawan yang ingin follow up berkenaan isu ni..

” Lebih baik kita pergi ke arah positif dan memberi ilmu yang baik buat masyarakat untuk lebih mengetahui kenapa pentingnya seorang pelakon itu berilmu, bukan semata bersandar pada rupa paras sahaja.

” Tengok apa yang jadi sebelah sana, dia cuma spin kenyataan dan nampak lagi b#doh.

” Manakala Finas Malaysia masih berdiam. Diam tandanya setuju bak kata orang dulu-dulu.” tulis Amerul.

Selain itu Amerul turut memberi pandangan kepada wartawan agar mengajak pihak ahli akademik untuk bercakap dan memberi pandangan dalam isu tersebut.

” Nak lagi sedap isu ini berkembang ke arah positif seeloknya dapatkan feedback dari ahli-ahli akademik yang mengajar di IPTA dan IPTS serta sekolah seni Malaysia..

” Lebih ramai akan tertarik untuk baca dan dalam masa sama mereka dapat pengetahuan baru yang lebih baik.

” Cukup dulu buat masa ini sebab nak tunggu respon dari FINAS” tulis Amerul lagi.

A. Aida kata dia tetap pentingkan kualiti lakonan

Dalam pada itu, Aida berkata dia tidak pernah mengabaikan soal kualiti terutama dari segi lakonan setiap pelakon.

” Saya menggabungkan artis baharu yang kacak, ‘sado’ dan cantik dengan pelakon hebat lain agar mereka dapat menimba ilmu dan meminta tunjuk ajar. Itu cari saya untuk mencari pelapis yang baharu.

” Saya pun tidaklah hilang akal sampai nak merosakkan karya terbitan sendiri. Dari pengarah, penulis skrip dan semua yang terbabit saya menggunakan khidmat mereka yang terbaik.

” Itu cara saya menghargai naskhah itu. Terbukti, hasilnya juga bagus hingga menjadi trending, tular dan jumlah penonton tinggi.

” Ini hakikat dan realiti yang perlu diterima semua orang. Penonton sendiri mahu melihat mereka yang lawa.

” Tapi, sekali lagi ditegaskan, semua itu bergantung kepada jalan cerita. Lain orang, lain pendekatannya dalam menerbitkan sesebuah karya,” katanya.

Sumber:hmetr0 dan IG Amerul Affendi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*