Pngakuan Mngejutkan Nabila Selepas Lebih Setahun Kahwin, ‘Masa Tu Saya Geram, Jadi Tak Fikir’

” Alhamdulillah, jodoh kami masih kuat. Kami masih bersama. Doakan kami. Cuma, saya padam gambar bersama suami sebab merajuk.”

Itu luahan usahawan yang juga kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor mengenai tindakannya memadam gambar dengan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Instagram.

Disebabkan itu, timbul spekulasi mendakwa perkahwinan dibina pasangan itu sedang bermasaIah.

Noor Nabila berkata, adat dalam berumh tngga ada pasang surut.

” Biasalah dalam perkahwinan ada turun naik. Waktu itu saya tengah geram. Saya tak buang pun gambar, tapi ‘archive’ saja. Macam tulah.

” Cuma bila kita jadi perhatian, perkara kecil pun menjadi besar.

” Padahal semua perempuan pun kalau gaduh perkara pertama dia akan buat (padam gambar). Saya merajuk lama tau,” katanya kepada HarianMetro.

Terdahlu, Noor Nabila dan suami hadir bersama pada majlis perkahwinan pakar pelaburan saham, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan dan Datin Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari di sini, malam tadi.

Masa tu geram, jadi tak fikir…

Menurut Noor Nabila, dia sedar akan implikasi atas tindakannya itu hingga menjadi bualan dan sorotan pihak media.

” Sebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.

” Saya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian.

” Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.

Terdahulu, pada Julai lalu kisah rumah tangga pasangan ini menjadi teka-teki apabila Noor Nabila memadam semua foto di media sosial bersama suaminya.

Lebih menguatkan lagi dakwaan, Nabila ada berkongsi beberapa petikan kenyataan yang seakan menggambarkan perasaan yang sedang dialaminya.

Malah ibu kepada Nabila iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed juga tidak mengikuti akaun Instagram Engku Emran namun bekas suami kepada Erra Fazira itu pula masih lagi mengikuti.

Menjengah ke ruangan komen pada hantaran terbaru Nabila ketika bercuti bersama anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad, rata-rata ntizen mula bertanya keberadaan Engku Emran.

Tak payahlah korang nak cuba teka

Sebelum ini, Nabila menafikan dakwaan rumh tngganya sedang bermsalah.

Menurutnya, dia dan suami memilih untuk jarang berkongsi foto bersama memandangkan ini perkahwinan kali ketiga untuk mereka berdua.

” Suami saya seorang yang jarang berkongsi perihal peribadi di media sosial, secara tidak langsung saya pun jadi terikut dengan sikapnya itu.

” Bila anda dapat suami yang suka berkongsi, anda juga akan jadi sama naik. Saya dan dia sama. Kita pun dah melalui perkahwinan ketiga jadi kita lebih berhati-hati sikitlah.

” Namun, itu tidak bermakna retak atau apa. Kita percaya sahajalah seperti orang kata jodoh, aj4l, m4ut ini semuanya kerja Tuhan.

” Begitu juga dengan perkahwinan. Selagi ada jodoh saya dengan suami, selagi itulah. Tak payahlah orang nak cuba teka atau membuat andaian.

Sebagai keluarga selebriti, Nabila mengatakan dia tidak kisah menjadi perhatian ramai.

” Saya tidak dapat lari daripada tempias kerana adik saya Neelofa, bekas suami saya, Sharnaaz Ahmad adalah artis. Begitu juga anak saya yang ada peminat tersendiri.

” Apa pun, saya hormat dengan pihak yang berminat untuk tahu. Namun, jika saya pilih untuk tidak berkongsi mungkin mereka pun kena hormat sekalilah kan.

Dalam pada itu, selepas beberapa ketika kisah rumh tgga menjadi bualan, Nabila dilihat memuat naik hantaran video di TikTok yang memaparkan suaminya sedang menjadi imam solat di rumah mereka, bulan lalu.

Kelibat Engku Emran dalam video itu jelas kelihatan ketika anak Noor Nabila, Jebat Jayden mengambil telefon bimbit yang digunakan untuk merakam aksinya sedang solat sebelum diletakkan di bahagian depan.

Noor Nabila dan Engku Emran selamat berkahwin pada 19 Mac tahun lalu.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumh tngga dengan aktor Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercrai secara hakam pada 9 Julai 2020.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia empat tahun.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*