‘InsyaAllah Si Dia Mungkin..’ – Pngakuan Nasha Aziz Kini Dilamun Cinta Dan Mula Ceritakan Segalanya

Beberapa tahun lalu, pelakon dan model terkenal Nasha Aziz mendedahkan beliau reda sekiranya ditakdirkan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayatnya.

Ketika itu Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berkata, dia menganggap tanggungjawab untuk menjaga dua ibunya adalah lebih besar berbanding soal jodoh.

Sejak itu, tidak banyak diperkatakan tentang Nasha dan tidak juga digosipkan dengan mana-mana lelaki sehingga baru-baru ini timbul dkwaan mengatakan Nasha kini dilamun cinta.

Kami baru kenal sembilan bulan…

Dan terbaru, Nasha Aziz, 51, mengesahkan lelaki yang menghantar jambangan bunga setiap hari seperti tular dalam vdeo adalah insan sangat istimewa dalam hidupnya.

Sambil tersipu malu, Nasha bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki yang dikenalinya sejak sembilan bulan lalu.

” Insya-Allah, si dia mungkin menepati ciri-ciri lelaki idaman saya, tetapi kami baru kenal sembilan bulan. Jadi, kena kenal dahulu dan nak rapat pun susah juga.

” Simbolik pemberian bunga ini mungkin juga mahu saya selalu mengingatinya.

” Saya jenis orang yang bila melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati dan fokus perkara menjadi tanggungjawab.

” Mungkin sikap inilah agaknya si dia memberikan saya bunga, setiap hari,” katanya kepada BH0nline.

Nasha ditemui pada sidang media pelancaran filem Talbis Iblis di Panggung Asia, Gombak, hari ini.

Mengulas apakah kini dilamun cinta, bintang filem Laila Isabella yang merupakan anak kelahiran Kampung Pandan, Kuala Lumpur ini mengakui, cinta selalu ada dalam hatinya.

” Saya memang dilamun cinta, setiap hari. Saya juga mencari cinta setiap waktu.

” Cinta ini bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita sahaja, tetapi kita semua.” ujarnya.

Ditanya perancangan dan hala tuju hubungan, Nasha mendambakan pengakhiran yang baik.

” Bila rezeki Allah beri, saya juga nak tahu ke mana arah tuju hubungan. Insya-Allah, mestilah ke arah baik,” katanya.

Filem Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia akan ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober depan.

Selain Nasha memegang watak Junaidah, filem itu turut dibintangi Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Sherie Merlis, Jay Iswazir, Daniella Sya, Amir Nafis dan Izzy Reef.

Nasha pernah cakap dia reda tak kahwin kerana mahu jaga ibu

Terdahulu, pada tahun 2020, Nasha pernah mengakui dia reda sekiranya ditakdirkan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayatnya.

” Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

” Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.

” Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan.

” Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya,” ujarnya kepada mStar.

Nasha memanggil ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) sebagai ibu dan ibu kandungnya sebagai mummy.

Kata Nasha, keadaan ibunya yang sudah tua dan uzur memerlukan dia untuk memberi perhatian yang lebih kepada mereka.

Mengakui pernah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun tidak kesampaian, Nasha tidak melatah kerana menganggap ia sebagai peluang untuk dia membalas jasa ibunya itu.

” Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bulan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya.

” Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian.

” Anak-anak buah saya pun ramai dan saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri. Setahu saya, adat dan adab sebagai wanita Melayu yang berkahwin, mereka kena lebihkan suami.

” Apapun, saya serahkan jiwa dan raga saya kepada Allah dan biarlah Dia yang tentukan saya untuk siapa. Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?,” ujarnya lagi.

Sumber:bharian dan mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*