Sharnaaz Tampil Moh0n Maaf Dan Mengaku Dia Sudah Keterlaluan. Sekali Ini Respon Caprice

KonfIik antara Sharnaaz Ahmad dengan penyanyi rap sensasi Caprice kini beralih ke fasa baharu apabila aktor tersebut memoh0n maaf secara terbuka atas semua gurauan kasarnya dalam Instagram hari ini.

Perm0honan maaf tersebut diucapkan Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, dalam satu hantaran InstaStorynya sebentar tadi.

” Sejak pagi tadi, semua tahu yang saya mempunyai isu dengan Caprice dan Insya-Allah perkara ini akan kami selesaikan dengan cara elok di belakang.

” Secara peribadi, gurauan saya mengenainya sejak dia berada di Jordan sehinggalah sekarang mungkin agak keterlaluan dan sebagai seorang yang lebih matang, saya minta maaf,” kata pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu.

Tegasnya, dia akan menyelesaikan perset3ruannya dengan pemilik nama penuh Ariz Ramli itu tidak lama lagi.

” Selebihnya saya serahkan kepadanya dan biar urusan ini saya selesaikan dengan Caprice,” katanya lagi.

Caprice terima permoh0nan maaf

Sementara itu, Caprice turut mengulang siar permoh0nan maaf Sharnaaz dan turut melakukan perkara yang sama.

” Selamat datang ke Damansara Sharnaaz. Pihak kami terima permoh0nan maaf tersebut.

” Saya pun kalau lebih-lebih tadi mungkin kerana lapar dan belum makan tengah hari. Insya-Allah selepas kuarantin, kita minum sama-sama,” tulisnya.

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Caprice menerusi Instagram mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sot0ng, satu karakter yang pernah dijayakannya menerusi sebuah drama rantaian suatu ketika dahulu, Suamiku Encik Sot0ng.

Terdahulu, ketika berada selama lebih dua bulan di negara Arab, Sharnaaz beberapa kali memerli Caprice dan memperkecilkan dakwahnya yang tidak kesampaian kerana gagal memasuki Palestin.

Sharnaaz, Shukri dan Zizan Razak pernah bersiaran langsung (live) dalam Instagram dan antara perlian yang diutarakan sesi live adalah tidak sabar menunggu Caprice pulang ke Malaysia dan menghadiahkan mereka cenderamata patung Firaun.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet berpendapat apa yang berlaku sebenarnya hanyalah gimik antara Sharnaaz dan Caprice semata-mata.

” Dah agak memang marketing.. kedai tu balik-balik disebut siap cakap ramai la sedap la hahahahha..” komen Wafiq

” Tengok lah dia promote apa….Saja-saja dia buat pasal nk gadoh apa bagai..” tulis Sam

Bagaimanapun ramai juga warganet berpendapat apa yang berlaku bukanlah tujuan marketing dan meminta ntizen lain agar bersangka baik memandangkan Sharnaaz dan Caprice sudah bermaafaan.

Terdahulu Sharnaaz berpenampilan seperti orang Arab iaitu berpakaian thawb berwarna putih, sejenis busana yang digayakan Caprice dalam sebuah vdeo muzik yang dirakamkan di Jordan mendapat respon kurang senang Caprice.

” Dari jauh je berani sot0ng see you when I see you @sharnaazahmad (emoji mencium dengan hembusan hati),” tulis Caprice

Namun Sharnaaz tidak menunggu lama untuk memberi respons apabila mencabar Caprice untuk bersemuka dengannya memandangkan penyanyi rap itu sudah berada di Malaysia.

” Sudah hantar location (lokasi) marilah sayang jemput makan tengah hari. Lauk sot0ng pun ada ni.

” Petik nama orang tapi block (sekat) orang. Lu (kamu) memang penakvtlah. Konon bawa panji lslam, jarum pun nangis pegang tangan orang. Belum kena gegar lagi,” tulis Sharnaaz dalam InstaStory.

Sharnaaz turut berpesan dalam satu vdeo di InstaStory beliau apabila beliau berkongsi lokasi di mana beliau sekarang berada dan berkata;

” Hai Assalamualaikum Caprice, aku ada kat restoran Cili Kampung.. duk cari aku sangat kan, panggil aku sot0ng, kita tengok sape sot0ng..” ujar Sharnaaz.

Susulan dari permoh0nan maaf Sharnaaz, diharapkan keduanya dapat berbaik dan melupakan sengk3ta antara mereka.

Sumber:k0smo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*