‘Saya Dicaci Dan Dim4ki Depan Muka’ – Luahan Aishah Dan Rupanya Yg M4ki Itu Bukan Orang Lain Pun

Luahan Aishah dicaci, dim4ki depan muka!

Itu antara cabaran dilalui penyanyi terkenal Datuk Aishah ketika menjadi calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan.

Menurut Aishah, 57, atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, menjadi calon mewakili parti Pas ketika itu memerlukan hati kental untuk berdepan dengan pelbagai situasi.

” Ketika menjadi calon, pelbagai cabaran ditempuh. Bukan semua orang menyokong kita. Kalau lalu sahaja akan diejek dan macam-macam dicakap depan muka kita.

Rupanya yang m4ki itu bukan orang lain pun.. daripada makcik, pangkat mak

” Itu satu perkara yang mengejutkan, apatah lagi yang mengeluarkan kata-kata kes4t itu daripada mak cik, pangkat mak kita.

” Tapi itulah dalam politik kena kental hati, terima hakikat yang mana bukan semua, ramai tak sokong dan mak1. Selain itu, cakap macam-macam cerita mengenai kita, itu kena hadapi.

” Masa itu saya tidak bersalaman dengan bukan mahram.

” Saya ingat lagi sewaktu berkempen, ada orang tua leIaki nak bersalam dengan saya tetapi saya tarik tangan ke dada.

” Dia bukan main marah sedangkan itu adalah pendirian saya. Malah sebelum menjadi calon pun ketika mula berhijrah, saya tidak bersalaman dengan leIaki bukan mahram.

” Sampai sekarang ini prinsip saya. Saya percaya ia hukum agama. Namun, ketika itu, ia ibarat satu tamparan kepada pak cik itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut Aishah, menjadi calon PRU memberikannya pengalaman baharu buat dirinya selain ia membina karakter.

” Menjadi calon PRU satu pengalaman baik. Bagi saya, ia satu pengalaman membina karakter.

” Banyak perkara yang saya lalui semasa berkempen, menjadi calon yang membuatkan saya sedar, saya ini orang yang macam mana apabila berdepan situasi itu. Pendek kata ia pengalaman mahal.

” Ia perkara yang hebat apabila menjadi calon. Apatah lagi saya orang baharu ketika itu tetapi dapat melalui pengalaman yang baik,” katanya.

Dira berani hadap

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Rim Melaka yang juga bekas pengacara dan pelakon Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira berkata, beliau pernah dipertikai soal akhlak dan akidah berikutan berpengalaman dalam bidang seni.

” Nama pun bertanding, akan ada pihak lawan. Nak berhadapan dengan pihak lawan satu perkara yang sudah termaktub, inilah fitrah.

” Jadi, cabaran pertama nak bertanding kena lawan, jadi kita nak kena pastikan ini dapat diselesaikan.

” Kedua, dalam mana-mana organisasi masalah dalaman akan ada.

” Bila kita bertanding, tentu sahaja nak kena menjaga jentera kita, tahu macam mana nak susun, menjadi orang yang adil dalam membuat keputusan sama ada boleh atau tak, boleh buat atau tak.

” Kita bekerja bukan seorang sahaja, bila bertanding ada jentera dan pasukan kita yang sama-sama membantu.

” Kebanyakan masa memang jentera yang bantu, jentera bawa kita, kita yang buat keputusan. Cabaran nak membuat keputusan yang baik-baik itu perlu dipertimbangkan.

” Cabaran lain apabila menjadi calon, akan dengar macam-macam orang cakap baik burvk mengenai kita.

” Macam saya yang pernah bekerja sebagai anak seni, ada yang pertikai akidah dan akhlak saya sebagai pekerja seni dan sebagainya.

” Jadi kita perlu pastikan, pertama dapat menjawab dengan baik, kedua, dapat juga berhadapan. Ini kerana bila orang bercerita mengenai kita, baik burvk kita semua akan keluar.

” Emosi mental kena kuat, ini lumrah. Jadi kena faham. Kita tak boleh marah orang nak cerita burvk, itu adalah tanggungjawab orang berlawan dengan kita.

” Ini memang kerja lawan, itu kena hadap,” katanya.

Menurut Dira yang menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Melaka pada November tahun lalu, diberi peluang menjadi calon pilihan raya adalah sesuatu yang menarik meskipun perlu mengorbankan masa bersama suami, anak dan keluarga.

” Pengalaman sebagai calon, ia menarik dan berat sebenarnya,” katanya.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*