‘Ada Kala Hampir Terfikir Melakukannya’ – Pngakuan Mngejutkan Linda Rafar, Diminta BukaTudung Untuk..

PeIakon dan penyanyi, Linda Rafar mengakui, meskipun sudah lama berhijab, dia masih lagi menerima pelbagai tawaran berlakon, selain mempromosikan produk yang memerlukannya membuka tudung.

Menurut anggota kumpulan Elite itu, lebih menguji apabila tawaran tersebut datang bersama bayaran yang cukup lumayan, namun semuanya rela dilepaskan kerana tidak mahu dikatakan mempermainkan tuntutan agama.

” Banyak sebenarnya. Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bayaran tinggi, malah jenama antarabangsa juga memerlukan khidmat saya untuk mempromosikan produk mereka dengan syarat kena buka tudung.

” Saya pernah diminta penggiat industri supaya membuka tudung untuk menaikkan semula nama kerana mereka yakin lebih banyak tawaran akan diterima.

” Saya anggap ia sebagai ujian yang perlu dihadapi wanita berhijab yang berkecimpung dalam industri hiburan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terfikir melakukannya kerana…

Kata Linda, tawaran lumayan itu mampu membuatkan sesiapa sahaja gelap mata dan rela melepaskan hijab demi kesenangan dunia.

” Memang sukar dan ada kalanya hampir membuatkan kita terpengaruh serta terfikir untuk melakukannya kerana ramai pelakon yang menerima tawaran bertali arus selepas menanggalkan hijab.

” Saya cuba kuatkan semangat dan istiqamah walaupun ia bukan mudah untuk dilakukan. Mungkin itu ujian Allah untuk melihat sejauh mana kekuatan iman saya.

” Syurga bukan percuma. Kalau saya pilih jalan sebaliknya, maka sia-sia segala usaha saya ke arah syurga Allah.

“Jadi, saya sentiasa berdoa dan meminta kepada Allah agar ditetapkan pada jalan yang telah saya pilih ini.

” Saya minta dilindungi daripada terpesong dan terpengaruh dengan godaan dunia,” katanya.

Linda juga mengakui, sokongan orang tersayang, terutama keluarga sangat penting untuk seseorang wanita kekal istiqamah.

” Saya sentiasa pastikan diri mendekati alim ulama seperti Ustaz Wadi Anuar dan Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani. Mereka mengingatkan saya agar lepaskan dunia dan terus kejar akhirat.

” Keluarga pula mewujudkan kumpulan WhatsApp bagi membolehkan kami berkongsi tentang ilmu agama.

” Ia sangat membantu bertujuan untuk mengingatkan dan memberi kesedaran kerana kita manusia biasa, tidak terlepas daripada berbuat dosa.

” Paling penting, selalu berdoa dan meminta kepada Allah agar dilindungi dan dielakkan daripada terpesong ke jalan yang salah.

” Kita tidak boleh sekadar bercakap, sebaliknya perlu meminta supaya urusan kita dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Ramai tak puas hati Linda Rafar berniqab

Dalam pada itu, tidak semua orang selesa dengan perubahan imej individu lain terutama melibatkan golongan artis.

Situasi sama dilalui Linda Rafar yang menerima banyak ser4ngan peribadi daripada golongan ustaz dan ustazah ‘jadian’ susulan tampil dengan imej berniqab.

Justeru Linda mohon diberikan ruang dan pengertian berkenaan perubahan imejnya itu dan tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan tentang perihal tersebut.

” Allahuakbar! Ramai sungguh ustazah, ustaz jadian yang datang ser4ng dan hantar direct messege (DM) Instagram saya.

” Dengar sini, saya belum umumkan apa-apa lagi. Mohon jasa baik jaga hati dan perasaan saya. Untuk berubah, biar daripada hati.

” Bersihkan hati dulu serta cukupkan ilmu untuk mengajar. Jangan hukum seseorang yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik dan cari kesalahan sahaja,” katanya menerusi Instastory sebelum ini.

Akui bekas anggota kumpulan Elite itu, tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna termasuk dirinya.

” Tiada siapa yang sempurna tetapi saya sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT,” ujarnya.

Sekitar tahun lalu, Linda dilihat sering menggayakan imej berniqab dalam hantaran Instagramnya.

Tidak mahu terlalu memperincikan secara mendalam tentang perubahan imejnya, ibu kepada lima cahaya mata itu cuma mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

” Sekarang ini, saya tak bersedia untuk menjawab (tentang niqab). Tapi, tolong doakan yang baik-baik buat saya,” kata Linda.

Sumber:utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*