Baru Je Kacak Setuju IqbaI Nak Bagi RM1 Juta, Sekali Tadi lqbal Up Status Seakan Tak Jadi Nikah Dgn Vida

” Saya tidak akan berkeras menjadikan DSV sebagai isteri jika beliau tidak menuju ke arah itu..”

Demikian perkongsian terbaru usahawan muda, IqbaI Zulkefli yang memaklumkan dia tidak akan lagi memaksa jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), mendirikan rumah tangga dengannya.

Menurut IqbaI, keputusan itu dibuat demi menjaga maru4h dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

” Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hbungan saya dengan DSV.

” Saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkeras mahu menjadikan DSV sebagai isteri, seandainya beliau masih tidak menuju ke arah itu.

” Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maru4h diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” katanya.

IqbaI menjelaskan perkara tersebut di akaun Instagram (IG) Story miliknya.

Pun begitu, IqbaI yang juga bekas pembantu peribadi Vida pada tahun 2016 itu sekali lagi mengingatkan kisah percintaannya bukan tujuan marketing.

” Demi Allah, ini bukan marketing semata-mata meskipun benar beliau ada selitkan promosi produk dan saya beritahu DSV, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu naikkan sales syarikatnya.

Bagaimana pun, IqbaI memberitahu dia masih menyayangi Vida dan reda jika mereka tiada jodoh.

” Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tiada jodoh. Saya fikir ini bukan terlalu awal saya mengalah. Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin.

” Saya banyak perjuangkan hbungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.

” Saya risau disaat saya sak1t dan jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” luahnya lagi.

Kisah hbungan cinta IqbaI dan Vida hangat diperkatakan sejak kurang sebulan lalu namun perkahwinan mereka dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, anak sulung kepada Vida iaitu Cik B menghalang hbungan mereka kerana faktor perbezaan usia 22 tahun antara ibunya dan IqbaI.

Kata Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen, 16,, dia sangsi mengapa IqbaI, 27, begitu bersungguh untuk memperisterikan Vida yang berusia 49 tahun.

Selepas Cik B secara terbuka menghalang cinta ibunya itu, kini adiknya Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut senada.

Dalam pada itu, IqbaI yang juga bekas pembantu Vida menegaskan hbungan mereka itu tidak mempunyai kaitan dengan ‘marketing’ semata-mata seperti yang didakwa segelintir pihak.

Malah IqbaI turut memberitahu dia tidak pernah menerima sebarang pemberian barangan mewah daripada Vida sepanjang tujuh tahun mereka berkenalan namun mengakui wanita itu banyak melaburkan duit kepadanya.

” Sepanjang hampir tujuh tahun saya mengenali dia, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja.

” Namun, tidak dinafikan banyak wang dia telah laburkan untuk saya,” katanya.

Semalam, anak lelaki DS Vida, Muhammad Eric Zecquan Muhammad Amin, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak turut mengulas isu perkahwinan membabitkan ibunya.

Kacak antara lain berkata beliau sebolehnya mahukan ibunya berkahwin dengan lelaki yang hampir sebaya DS Vida dan tidak terlampau muda sangat.

” Terus-terang saya cakap kalau betullah dia nak..betul-betul sayangkan mama, saya setuju jer.. sebab kita tahu cinta ini tak mengenal umur.. namun saya sedikit rasa tak suka kalau umur muda sangat.

” Kalau boleh saya nak umur yang sama dekat macam mama lah..” kata Kacak.

Dalam waktu sama Kacak turut berseloroh dia bersetuju ibunya berkahwin dengan IqbaI sekiranya betul usahawan muda itu sanggup memberikannya RM1 juta sebulan seperti dijanjikan.

Sumber:gempak dan mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*