Pnduduk Kata Tmpat Tu Mmg Keras, Wrga Emas Mgkin ‘Disembunyikn’. Ini Tndakan Ktua Kmpung Tarik Prhatian

Usaha mengesan warga emas, Ithnin Warsan yang hiIang sejak 20 September lalu, dipertingkat menggunakan dron di beberapa lokasi bagi mendapatkan petunjuk atau pergerakan lelaki berusia 79 tahun.

Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, pihaknya akan menerbangkan dron di beberapa lokasi sekitar kebun, hutan simpan dan sektor terpencil sekitar Kampung Tungku Tiga, di sini, esok.

” Penggunaan aset udara tersebut yang dimiliki Jabatan Hutan Wilayah Johor Utara tentunya akan memudahkan untuk mengesan pergerakan sebarang objek.

” Dron ini mampu merakamkan imej gambar sebarang pergerakan objek menggunakan teknologi terkini”, katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Tungku Tiga di sini hari.

Turut hadir, Ketua Balai Polis (OCS) Segamat, Inspektor Hanafi Ghazali dan Pegawai Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Baru Segamat, Penolong Penguasa Bomba (PpGB) Marzuki Ismail dan Penolong Pegawai Jabatan Hutan Wilayah Johor Utara, Muhamad Hatta Abdullah.

Sementara itu, anak Ithnin, Noor Azli, 44 berkata, mereka sekeluarga masih yakin warga emas itu masih hidup berdasarkan tiada sebarang bukti kukuh atau petunjuk jelas membuktikan perkara sebaliknya selepas pelbagai usaha pencarian dilakukan pasukan penyelamat, sukarelawan dan pengamal perubatan tradisional.

” Saya amat yakin, semua keluarga pun sama yakin, yang bapa masih ada (hidup), sebabnya kalau diikutkan unit yang digerakkan (mencari) adalah unit terbaik daripada pelbagai ajensi pasukan pencarian.

” Pencarian turut menggunakan unit anjing pengesan (K9) polis Segamat, tetapi masih belum jumpa.

” Jika sudah tiada mungkin boleh ditemui dengan K9, tetapi sampai hari ini tidak jumpa, jadi kami keluarga beranggapan dia masih ada dan masih hidup” katanya ditemui di Kampung Tungku Tiga di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak keluarga tidak mampu mengekang apa yang disebarkan orang ramai di media sosial dan hanya reda serta berserah saja.

” Moga ada petunjuk baru dengan keberkatan bantuan daripada semua kita jumpa sesuatu yang dapat dikaitkan dengan kehiIangan bapa,” katanya.

Ketua kampung sendiri laungkan azan

Sementara itu, Ketua Kampung Tungku Tiga, dekat sini, melaungkan azan menggunakan alat pembesar suara kenderaan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Baru, Segamat antara usahanya mencari warga emas itu.

Syed Jaafar Mohamad, 61, berkata, tindakannya itu sebahagian daripada usahanya sebagai ketua kampung untuk mencari , Ithnin Warsan, yang sehingga kini gagal ditemui.

” Kita perlu berusaha tanpa putus asa, bertawakal kepada Allah SWT dan pasrah setiap perkara berlaku adalah atas kehendaknya.

” Kita cuma mampu berikhtiar bagi membantu waris keluarga ini dan apa saja yang berlaku kita wajib kena mohon bantuan Allah SWT selain pasrah,” katanya.

Terdahulu, Azrul Iqmal Noor Azali, 23 yang juga cucu kepada Ithnin tidak menolak faktor kehiIangan Ithnin mungkin dipengaruhi unsur alam makhluk halus.

” Datuk tidak akan merayau atau pergi ke mana pun tanpa memaklumkan ahli keluarga terlebih dahulu terutamanya sebelum keluar bersiar-siar di waktu petang di kawasan sekitar kampung yang dikelilingi kebun kelapa sawit, belukar dan hutan simpan.

Lokasi itu ‘keras’..nampak Iembaga hitam

” Sebelum ini saya ada mendengar desas desus daripada penduduk kampung berhubung lokasi ‘keras’ di kampung ada kaitan kehiIangan datuk.

” Malah ada mendakwa ternampak kelibat lembaga hitam bersaiz gergasi di belukar sekitar kampung ketika usaha mengesan datuk beberapa hari lalu,” katanya.

Azrul Iqmal berkata, selain berusaha mencari di merata tempat, ramai pengamal perubatan tradisional turut menawarkan bantuan mencari Ithnin.

” Ramai pengamal perubatan tradisional menawarkan diri termasuk dari luar Johor, tetapi usaha mencari masih lagi menemui jalan buntu,” katanya ditemui di Kampung Tungku Tiga di sini, hari ini.

Sumber:bharian

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*