‘Jika Anda Janda Beri Basikal Pun Sy Snggup’- lqbal ToIak Mentah2 Selepas Vida Offer Kereta BentIey RM3 Juta

” Setelah saya tarik diri, semalam pihak Dato’ Seri Vida tawarkan saya kereta idaman saya, Bentley yang bernilai RM3 juta”

Itu kata-kata bekas pembantu peribadi Dato Sri Dr Hajah Hasmiza Othman atau Vida iaitu Ahmad IqbaI Zulkefli yang sekali yang menjadi bualan ramai.

Menerusi hantaran di Insta Story Instagram, IqbaI, 27, seoalah-olah cuba mendedahkan bahawa Vida cuba memujuk beliau.

IqbaI turut berkongsi gambar kereta mewah jenama Bentley berwarna putih.

Berdasarkan semakan, Bentley tersebut model Bentayga berharga RM1.58 juta (tak pasti kenapa IqbaI kata Rm3 juta.. maybe dia maksudkan model lain).

” Nilai ini tidak boleh dibeli hati dan kejujuran saya yang telah dikhi4nati.

” Jika ada janda beri hadiah basikal pun saya sanggup berkahwin andai keikhlasan dan ketelusan menyayangi saya.

IqbaI turut mengulas mengenai vdeo penjelasan Vida berhubung pendedahan IqbaI sebelum ini yang mengatakan beliau diberhentikan kerja dan pernah dib4Iing seIipar.

” Rintihan palsu ini tidak sedikit pun memukau kewarasan saya menilai kejujuran. Selama ini saya bukan lurus benduI, cuma mengalah.” kata Iqbal.

Kisah cinta membabitkan IqbaI dan Vida hangat diperkatakan ramai sejak beberapa minggu lalu di mana mereka dikatakan bakal berkahwin pada awal tahun hadapan.

Bagaimanapun IqbaI menerusi satu hantaran di IG berkata beliau akhirnya berputus asa dan memberi bayangan bahawa perkahwinan itu tak jadi kerenah sikap Vida yang tidak berusaha ke arah itu.

Kenali siapa jutawan bernama DS Vida

Siapa Datuk Seri Vida (DSV)? Pemilik nama sebenar Dato Sri Dr Hajah Hasmiza Othman ini merupakan seorang usahawan selebriti yang juga pengasas syarikat produk kecantikan, Vida Beauty Sdn Bhd dan produk kesihatan Pamoga.

Seramai 2.8 juta pengguna Instagram (IG) kini mengikuti akaunnya yang menggunakan nama @datoserivida.

Terkini, hubungan mesranya dengan bekas pembantu peribadi (PA), Ahmad Iqbal Zulkefli dihidu media selepas pemuda itu mendakwa pernah menjalin hubungan cinta dan hampir mendirikan rumah tangga dengannya beberapa tahun lalu.

Fakta Menarik

1) Vida merupakan anak bongsu dari tiga beradik. Lahir pada 24 Oktober 1971 dan membesar di Machang, Kelantan.

2) Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu dan Sejarah) dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

3) Dipanggil dengan nama panggilan ‘Da’ dan ‘Miza’ di kalangan rakan-rakan, selain ‘Ida’ dalam kalangan anggota keluarga. Dia mengkomersialkannya kepada Vida ketika mula dikenali umum, kerana percaya huruf ‘V’ itu membawa nilai yang tinggi.

4) Kejayaan terbesar diperoleh dan diingatinya sehingga sekarang adalah kejayaan menjual produk Pamoga sebanyak 100,000 botol dalam masa sebulan!

5) Antara harta kekayaan yang dimiliki termasuk kediaman mewah bernilai RM22 juta di Ipoh, Perak, 22 rumah mewah (yang antaranya menempatkan para pekerjanya), serta belasan kereta mewah dan barangan kemas yang cukup sinonim dengan penampilannya.

6) Gemar membuat pelaburan dalam drama TV, filem dan bisnes-bisnes sampingan. Juga terlibat sebagai penaja untuk rancangan-rancangan televisyen popular di Malaysia.

7) Antara kemahiran yang dimiliki termasuk mengemudikan bisnes, mendandan / menggayakan rambut, membuat ‘facial’ dan pakar dalam bidang kecantikan.

8) Akui dirinya secara peribadi hanya berpenampilan sederhana di rumah, bertentangan dengan imej yang dibawa di mata ramai.

9) Pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali, namun semuanya berakhir dengan perceraian.

10) Perkahwinan pertama dengan Mohd Amin Yasin pada 2000 hingga 2008, dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Edlynn Zamileen (Cik B) dan Muhammad Eric Zecquan (Kacak).

Ia termasuk anak pertama dan kedua mereka yang bernama Muhammad Eddie Zuhdie, 11, dan Muhammad Edrie Zikrie, 10, yang telah meninggI dnia dalam kjdian kebkaran di rumah Vida di Meru Hill, Ipoh pada 3 Ogos 2013, beberapa hari sebelum sambutan hari raya Aidilfitri.

11) Antara lain, Vida pernah bersuamikan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, sebelum bercerai pada 7 April 2017.

Sumber:IG Iqbal dan Iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*