Selamat Bernikah Hari Ini, Kenali Siapa Suami Pelakon Ainul Aishah. Rupanya Bukan CaIang-CaIang

PeIakon Ainul Aishah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Khalid Redzuan dalam sebuah majlis yang diadakan di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Brsyukur majlis pernikahannya itu berjalan lancar, Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 36, berkata dia bertuah apabila dipertemukan jodoh dengan seorang suami yang penyayang.

” Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, atas berkat doa semua, urusan majlis kahwin kami dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

” Saya bersyukur kerana telah menjadi seorang isteri kepada lelaki penyayang.

” Saya juga bertuah kerana dikelilingi keluarga dan sahabat di hari istimewa ini.

” Memori ini akan sentiasa terpahat di hati dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadikan hari pernikahan ini begitu istimewa,” katanya.

Terdahulu Ainul berkata dia yakin Khalid adalah suami yang tepat untuk dirinya memandangkan mereka sudah saling lama mengenali hati budi masing-masing.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah dan selamat berbahagia buat Ainul dan Khalid dalam melayari bahtera rumah tangga mereka.

Selain peminat, rakan-rakan artis turut tidak sangka Ainul akhirnya menamatkan zaman bujangnya dan mengucapkan tahniah kepada Ainul dan suami.

” Tahniah kepada kamu Ainul semoga berbahagia sehingga ke jannah,” tulis pelakon Adeline Tsen.

” Tahniah Ainul dan suami,” tulis pelakon Dayana Roza.

Sekadar info, Ainul dan Khalid menjalinkan hubungan cinta sejak April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram miliknya.

Siapa suami Ainul? Rupanya bukan calang-calang.

Berusia 40 tahun, Khalid merupakan seorang ahli perniagaan.

Gambar:Khalid bersama Mokhzani Mahathir dan adik Khalid.

Ainul sebelum ini memberitahu suaminya itu berdar4h kacukan Melayu dan Inggeris namun dibesarkan di Kedah dan Kelantan.

Ibu Khalid berketurunan Inggeris, namun Khalid membesar di Kelantan dalam suasana budaya masyarakat Melayu yang tebal dalam dirinya.

Berdasarkan semakan di Instagram Khalid memiliki pengikut lebih 9k.

Selain mempunyai rupa paras yang kacak, Khalid Redzuan dilihat sering berkongsi aktiviti beliau seperti bersenam di gym dan bermain luncur air.

Info di Instagram juga memaparkan Khalid seorang usahawan  di sebuah syarikat swasta.

Semantara itu, menerusi maklumat di laman linkedin, Khalid memegang jawatan sebagai Managing Director untuk syarikat KRAAS Solutions Sdn Bhd.

Khalid turut memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan KR Farmtown dari tahun 2009 sehingga 2012.

Semakan latar belakang pendidikan pula, Khalid merupakan seorang bekas penuntut di Kolej Mara Banting dalam pra-ijazah Accounting and Business/Management.

Beliau seterusnya menyambung  Ijazah di Universiti Malaya dalam bidang Business Administration and Management, bagi tahun 2001 – 2006.

Dalam pada itu, Ainul sebelum ini juga mendedahkan sikap Khalid yang pandai mengambil hati dan sering mengutamakan waktu solat, membuatkan dia yakin lelaki itu mampu membimbingnya.

” Dia seorang yang tak pernah berputus asa untuk mengambil hati saya. Malah, dia juga pandai memujuk jiwa perempuan seperti saya ini.

” Selain itu, sikap mengutamakan keluarga, bertanggungjawab dan seorang yang tahu mengenai bab agama, antara faktor mengapa saya pilih dia sebagai bakal suami saya,” katanya.

Sumber:gempak, mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*