Terkini, Keluarga Telah Berjumpa Pngamal Perubatan Islam. Ini Yg Ustaz Beritahu Tentang Keadaan R0snazirah

” Sudah lama kami sekeluarga tidak membaca berita mengenai kehilangan Azi menerusi media sosial kerana apa yang dipaparkan banyak yang tidak benar, sekali gus menambahkan kesedihan kami,”

Itu kata-kata ahli keluarga R0snazirah Mohd Naim yang juga ejen kosmetik yang dicuIik sekumpulan leIaki pada 13 September lalu.

R0snazirah, 36, dilarikan tiga leIaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini, jam 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios.

Ahli keluarga itu yang enggan dikenali berkata, mereka hanya ingin mengetahui perkembangan mengenai keadaan terkini R0snazirah atau mesra dipanggil Azi sahaja malah berhubung dengan poIis pada setiap hari.

” Apa yang dipaparkan di media sosial banyak yang tidak benar dan ada kalanya, kami mengetahuinya daripada saudara yang memaklumkan berkaitan pelbagai kec4man serta t0hmahan yang dilemparkan.

” Kami adik-beradik seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi kec4man juga t0hmahan itu dengan kedua ibu bapa memandangkan mereka sudah uzur, terutama ibu yang semakin Iemah kerana menderita pnyakit buah pinggang tahap lima.

” Ada juga berita yang memaparkan ke.s cuIik terdahulu yang sehingga kini gagal dikesan.

” Tetapi kami di pihak keluarga Azi enggan memikirkan hal itu, sebaliknya masih menaruh harapan yang tinggi agar Azi selamat dan kembali ke pangkuan keluarga,” katanya dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, walaupun kehilangan Azi sudah memasuki hari kelapan, mereka tetap menaruh harapan tinggi agar Azi ditemukan dengan selamat.

Ustaz beritahu Azi selamat cuma…

Katanya lagi, selain solat hajat, keluarga dan rakan juga berikhtiar dengan merujuk kepada pengamal perubatan Islam berkaitan keadaan terkini mangsa.

” Ada beberapa ustaz memberitahu, Azi selamat cuma lokasi dia berada gagal ‘dilihat’.

” Walaupun ia sekadar jangkaan, sekurang-kurangnya ia sedikit-sebanyak melegakan hati keluarga,” katanya.

Berkaitan laporan keluarga wanita berkenaan menerima panggilan meminta wang tebusan RM10 juta, ahli keluarga itu menafikan dkwaan terbabit.

Katanya, jika benar mereka menerima panggilan berkaitan perkara itu, sudah pasti poIis akan dimaklumkan terlebih dahulu.

Namun setakat ini, katanya, tiada yang menghubungi menyebabkan keluarga semakin tertekan dengan berita yang tidak benar itu.

” Semakin hari, semakin banyak berita tidak benar disiarkan yang menambahkan lagi kesedihan kami.

” Kalau benar sekalipun ada terima panggilan itu, untuk menyediakan ratusan ribu ringgit pun kami tidak mampu, apatah lagi RM10 juta seperti yang didakwa.

” Jika tidak dapat mendoakan yang baik-baik, kami mohon janganlah membuat fitnah dan menambahkan rasa sedih…tolong fikir keadaan kami,” katanya.

Tidak terima panggilan minta wang tebusan

Dalam pada itu, ahli keluarga Azi berkata, setiap kali menerima panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali, mereka sekeluarga akan berdebar kerana menjangkakan bakal mengetahui berita mengenai Azi.

” Sehingga kini kami tidak menerima sebarang panggilan yang meminta wang tebusan berhubung pencuIikan Azi.

” Setakat ini kami tidak menerima apa-apa panggilan mengenai wang tebusan sama ada RM1 juta atau RM10 juta sekalipun.

” Jika benar ada terima (panggilan), sudah pasti pihak poIis yang pertama diberitahu namun sehingga kini bukan saja meminta wang tebusan, panggilan telefon memberitahu di mana Azi berada juga langsung tidak diterima,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ahli keluarga itu berkata, jika menerima panggilan yang meminta wang tebusan mencecah jutaan ringgit sekalipun, pihaknya tidak dapat menyediakannya kerana nilai itu melebihi kemampuan mereka.

Katanya, hidup mereka kini dalam ketakutan selagi tidak selesai ke.s itu dan sentiasa rasa terancam lebih-lebih lagi apabila melihat kereta yang tidak dikenali di hadapan rumah.

” Kami sekeluarga sudah lama tidak keluar rumah dan ada juga yang tidak ke tempat kerja kerana berasa takut akan keselamatan selain trauma dengan kejadian yang menimpa Azi.

” Jika kelihatan mana-mana kenderaan yang tidak dikenali dilihat di luar rumah, kami segera mencatat nombor pendaftaran dan menyerahkan kepada pihak berkuasa sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sumber:hmetr0

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*